Kebakaran hutan: Ribuan terpaksa dipindahkan, kualiti udara semakin buruk

Astro Awani
Jun 8, 2023 01:00 MYT
Asap tebal dilihat akibat kebakaran hutan di Tasik Fox, Alberta di Kanada. - Foto REUTERS
RATUSAN kebakaran hutan di Kanada menyebabkan ribuan orang ramai dpindahkan dan menyebabkan jerebu melanda bandar-bandar di Amerika Syarikat (AS).
Kebakaran melibatkan kira-kira 3.3 juta hektar kawasan.
Kebakaran itu memaksa 120,000 orang meninggalkan kediaman mereka untuk sementara waktu.
Pihak berkuasa memaklumkan kebakaran berlaku di hampir semua daerah dan wilayah Kanada dengan wilayah timur Quebec antara yang paling teruk terjejas.
Wilayah itu mengalami empat kali ganda purata kebakaran hutan selama 10 tahun setakat tahun ini.
Di selatan sempadan, lebih puluhan negeri AS berada di bawah amaran kualiti udara pada Rabu.
Jerebu menyelubungi latar langit New York dan bandar-bandar besar lain.
Kanada memaklumkan kira-kira 520 anggota bomba sedang memadamkan kebakaran.
Kebakaran hutan adalah perkara biasa di wilayah barat Kanada, tetapi tahun ini ia merebak ke timur negara itu.
#kebakaran hutan #jerebu #dipindahkan #kualiti udara