Kebakaran hutan: Sembilan bangunan pedalaman California Selatan musnah

Astro Awani
November 1, 2023 01:45 MYT
Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran di Aguanga, California. - Foto REUTERS
CALIFORNIA: Kebakaran hutan yang dipacu angin memusnahkan sekurang-kurangnya sembilan bangunan di pedalaman California Selatan, Amerika Syarikat (AS).
Keadaan itu memaksa pihak berkuasa mengeluarkan arahan pemindahan segera bagi 4,000 penduduk.
Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang juga dibantu oleh pesawat udara.
Kebakaran di kawasan tinggi itu semakin marak sejak Selasa melibatkan kawasan Riverside County, Aguanga.
Ia merebak selepas disebarkan oleh angin Santa Ana yang bertiup sehingga 3.5 batu persegi.
Jurucakap bomba berkata kira-kira 1,300 rumah berada di bawah arahan pemindahan.
Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan tetapi tiga struktur bangunan disahkan musnah dan enam lagi rosak.
#kebakaran hutan #arahan pemindahan segara #pesawat udara #bangunan musnah