DUNIA
Kebakaran kilang jahitan di Korea Selatan, seorang maut, empat cedera
Kebakaran bermula di tingkat dua bangunan lima tingkat di Daerah Jung kira-kira 9.35 pagi. -Bernama
SEOUL: Satu kebakaran tercetus pada Selasa dipercayai akibat perbuatan khianat di sebuah kilang jahitan di tengah Seoul, Korea Selatan, mengakibatkan seorang maut, menurut pihak berkuasa bomba, lapor Agensi Berita Yonhap.
Ringkasan AI
Kebakaran bermula di tingkat dua bangunan lima tingkat di Daerah Jung kira-kira 9.35 pagi dan meragut nyawa seorang wanita, kata pegawai.
Seorang lelaki berusia 60-an dikejarkan ke hospital akibat melecur teruk, manakala tiga yang lain cedera ringan.
Seorang anggota bomba turut mengalami lecuran tahap pertama pada muka semasa memadam kebakaran, menurut bomba.
Tindak balas kecemasan Tahap 1 diaktifkan kira-kira 9.41 pagi dengan 31 kenderaan dan 115 anggota dikerahkan bagi mengawal kebakaran itu.
Api berjaya dipadam sepenuhnya pada kira-kira 11.02 pagi.
Bomba dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kebakaran.
Menurut saksi, seorang lelaki dilihat menuang cecair yang dipercayai pelarut cat di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat tercetus di sebuah kilang jahitan di Daerah Jung, Seoul pada Selasa, menyebabkan seorang wanita maut dan empat yang lain cedera termasuk seorang anggota bomba.
- Kebakaran bermula sekitar 9.35 pagi di tingkat dua bangunan lima tingkat dan berjaya dipadam sepenuhnya pada 11.02 pagi selepas 31 kenderaan dan 115 anggota dikerahkan.
- Siasatan sedang dijalankan, dengan saksi mendakwa melihat seorang lelaki menuang cecair dipercayai pelarut cat di lokasi kejadian sebelum kebakaran berlaku.