Kebakaran landa Colorado, ribuan penduduk terpaksa berpindah

Astro Awani
Oktober 20, 2020 22:27 MYT
Anggota bomba menjalankan kerja pemadaman api Cameron Peak Fire, kebakaran hutan terbesar dalam sejarah Colorado, yang melanda pinggir Drake, Colorado, AS, 17 Okt, 2020. REUTERS
KIRA-kira 26 buah rumah musnah dalam kebakaran hutan yang melanda Boulder Country, Colorado, sejak Sabtu.
Kebakaran hutan terbesar dalam sejarah Colorado yang bermula dari Pusat Pendidikan Calwood itu telah memaksa ribuan penduduk berpindah.
Kelajuan angin sehingga 100 kilometer sejam menyukarkan pihak bomba melakukan operasi menyelamat.
Lebih 1,600 buah rumah dan hampir 3,000 penduduk diarah berpindah ke tempat lebih selamat pada Sabtu dan angka itu dijangka bertambah pada Isnin.
Pihak penyiasat mendakwa lebih banyak rumah yang akan terjejas akibat kebakaran itu.
Ia lebih menyukarkan apabila orang ramai tidak dapat berkumpul di pusat pemindahan akibat COVID-19.
#kebakaran #pusat pemindahan #bomba #Colorado #Boulder Country #Pusat Pendidikan Calwood #COVID-19 #kebakaran hutan