awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran Los Angeles: Peguam kemuka tuduhan terhadap sembilan suspek

Agensi
Agensi
14/01/2025
04:51 MYT
Kebakaran Los Angeles: Peguam kemuka tuduhan terhadap sembilan suspek
Peguam Nathan Hochman mengemukakan tuduhan terhadap sembilan suspek atas kesalahan pecah rumah serta seorang lagi atas tuduhan melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka dengan sengaja. - Foto REUTERS
LOS ANGELES: Susulan kebakaran besar, peguam Daerah Los Angeles County, Nathan Hochman mengemukakan pertuduhan terhadap sembilan suspek atas kesalahan pecah rumah serta seorang lagi atas tuduhan melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka dengan sengaja.
Hochman pada Isnin memaklumkan pihaknya berjanji kesemua pelaku ini akan ditangkap, didakwa dan dikenakan hukuman seberat-beratnya.
"Kami di sini untuk mengumumkan, ini janji kami bahawa pelaku atas kesalahan ini akan ditangkap, akan didakwa dan akan dihukum seberat-beratnya," kata Hochman kepada wartawan dalam satu sidang akhbar.
Dalam pada itu, Hochman turut memperincikan tuduhan terhadap beberapa individu yang ditangkap kerana merompak rumah manakala seorang lelaki di Azusa, California yang ditahan kerana melakukan aktiviti kebakaran dengan sengaja meskipun tindakan suspek itu tiada kaitan dengan kebakaran hutan yang telah melanda komuniti Pacific Palisades dan Altadena.
Mengulas lanjut, pihak berkuasa mendedahkan rakaman dalam salah satu kejadian pecah rumah.
Hochman berkata, pihaknya dalam usaha menjejak individu yang didakwa menerbangkan dron secara haram di kawasan yang dilanda kebakaran sekali gus melanggar perintah yang melarang penggunaan peranti sedemikian.
Kejadian itu menyebabkan salah satu peranti tersebut bertembung dengan pesawat pemadam kebakaran minggu lalu, menyebabkan ia terpaksa dibaiki ketika kebakaran masih marak.
Angin kencang kembali membadai Los Angeles pada Isnin, mengancam usaha mengawal dua kebakaran besar yang telah memusnahkan kawasan kejiranan, meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa,dan membakar kawasan seluas Washington, D.C.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan meramalkan angin kencang Santa Ana dengan kelajuan 50 hingga 70 batu sejam akan berterusan sehingga Rabu.
Amaran tahap merah itu memperlihatkan indikator situasi amat berbahaya yang telah dikeluarkan, menandakan ancaman kebakaran paling serius.
Topic Berkaitan
#Los Angeles
#kebakaran hutan
#California
#Nathan Hochman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan