awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran musnahkan lebih 60 khemah pelarian Rohingya di Bangladesh

Bernama
Bernama
21/07/2021
06:50 MYT
Kebakaran musnahkan lebih 60 khemah pelarian Rohingya di Bangladesh
Sekurang-kurangnya lima Rohingya cedera ketika berusaha mengawal kebakaran dan beberapa kanak-kanak dilaporkan hilang. - Gambar hiasan/Unsplash
DHAKA: Lebih 60 khemah sementara pelarian Rohingya di sebuah kem di daerah Cox's Bazar di selatan Bangladesh musnah dalam satu kebakaran pada Selasa.
"Kami dapati kebakaran berpunca daripada sebuah silinder gas memasak di sebuah khemah Rohingya dan api merebak ke tempat perlindungan yang berdekatan," kata Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian Bangladesh, Shah Rezwan Hayat kepada agensi Anadolu.
Kebakaran tercetus di Blok B kem No.9 di kem pelarian Rohingya Balukhali.
Hayat mengesahkan lebih 20 khemah Rohingya rosak dalam kebakaran itu dan seorang pelarian cedera ringan dan dimasukkan ke hospital.
Sementara itu akhbar tempatan Prothom Alo melaporkan sekurang-kurangnya lima Rohingya cedera ketika berusaha mengawal kebakaran dan beberapa kanak-kanak dilaporkan hilang.
Pada 22 Mac lalu, kebakaran besar di kem penempatan Rohingya terbesar di dunia itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang dan lebih 10,000 khemah serta sebuah hospital medan Turki turut musnah.
Kem sementara itu menempatkan lebih 1.1 juta Rohingya yang kebanyakannya melarikan diri daripada keganasan tentera di Rakhine, Myanmar pada Ogos 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#kem pelarian
#Rohingya
#Cox's Bazaar
#Balukhali
#Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan