DUNIA
Kebakaran musnahkan ratusan tempat perlindungan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh
Kebakaran melanda Kem Rohingya 16 pagi Selasa, memusnahkan lebih 480 tempat perlindungan dan 11 kemudahan pembelajaran yang disokong UNICEF. - Foto UNICEF Bangladesh
ISTANBUL: Lebih 480 tempat perlindungan dan 11 kemudahan pembelajaran musnah dalam kebakaran di sebuah kem pelarian di Bangladesh pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi memetik Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
"Kebakaran melanda Kem Rohingya 16 pagi ini, memusnahkan lebih 480 tempat perlindungan dan 11 kemudahan pembelajaran yang disokong UNICEF, sekali gus melenyapkan kediaman serta bilik darjah dalam masa beberapa minit," kata UNICEF Bangladesh menerusi platform X.
"Bagi kanak-kanak Rohingya yang telah kehilangan begitu banyak benda, ini merupakan satu lagi tamparan hebat yang menyedihkan," katanya sambil menambah bahawa organisasi itu bersama rakan kongsi sedang menilai kerosakan dan komited untuk memberikan sokongan segera kepada keluarga yang terjejas.
Bangladesh kini menempatkan lebih 1.2 juta penduduk Islam Rohingya di Cox's Bazar, yang sebahagian besarnya melarikan diri dari Myanmar pada Ogos 2017 semasa tindakan keras tentera yang disifatkan oleh kumpulan hak asasi manusia sebagai genosid.
-- BERNAMA