DUNIA
Kebakaran pusat beli-belah Pakistan: Angka kematian meningkat 14, puluhan masih hilang
Pihak berkuasa memberi amaran bangunan berkenaan adalah bangunan lama dan tidak stabil dari segi struktur, memaksa pasukan penyelamat bertindak dengan amat berhati-hati. - Gambar/ AP
ISLAMABAD: Angka kematian akibat kebakaran besar di sebuah pusat beli-belah di Karachi, ibu kota komersial Pakistan, meningkat kepada 14 orang selepas lebih banyak mayat ditemukan dari runtuhan bangunan, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik laporan media tempatan pada Isnin.
Ringkasan AI
Timbalan Ketua Polis Daerah Selatan Asad Raza memaklumkan kepada penyiar Geo News, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian.
Gabenor Wilayah Sindh Kamran Tessori, yang berada di tempat kejadian lebih awal, memberitahu pemberita yang puluhan individu masih hilang selepas insiden itu.
"Terdapat kira-kira 1,200 orang menjalankan perniagaan di bangunan itu dan 70 hingga 80 orang masih hilang," katanya.
Menurut pegawai Perbadanan Metropolitan Karachi (KMC), operasi memadam kebakaran selesai dan usaha penyejukan kini dijalankan bersama-sama kerja pembersihan runtuhan.
Bagaimanapun, pihak berkuasa memberi amaran yang bangunan berkenaan adalah bangunan lama dan tidak stabil dari segi struktur, memaksa pasukan penyelamat bertindak dengan amat berhati-hati.
Kebakaran tercetus lewat malam Sabtu di pusat beli-belah Gul Plaza yang terletak di Jalan MA Jinnah.
Bangunan itu menempatkan kira-kira 1,200 kedai, termasuk yang menjual pakaian, peralatan elektrik, kosmetik dan barangan tembikar, faktor penyebab kebakaran merebak dengan pantas.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kematian akibat kebakaran pusat beli-belah di Karachi meningkat kepada 14 orang; operasi mencari mangsa masih diteruskan.
- Gabenor Wilayah Sindh melaporkan puluhan individu masih hilang selepas kejadian; 1,200 orang terlibat dalam bangunan tersebut.
- Operasi pemadaman kebakaran selesai; pembersihan runtuhan dilakukan berhati-hati kerana bangunan lama dan tidak stabil.