DUNIA
Kebangkitan Gen Z di Maghribi: "Rakyat mahu pendidikan dan kesihatan, bukan stadium”
Orang ramai berhimpun membantah rasuah serta menuntut reformasi dalam sektor kesihatan dan pendidikan, di Rabat, Maghribi pada Khamis. - Gambar AP
RABAT: Gelombang protes yang dipimpin golongan belia di Maghribi terus menggoncang negara itu apabila ribuan turun ke jalan raya untuk malam keenam berturut-turut pada Khamis, meskipun kebimbangan meningkat susulan tiga orang maut ditembak polis sehari sebelumnya.
Tunjuk perasaan yang merebak sekurang-kurangnya di 12 bandar, termasuk Casablanca, menuntut sekolah dan hospital yang lebih baik.
Sebahagian peserta turut melaungkan desakan supaya Perdana Menteri, Aziz Akhannouch meletakkan jawatan.
Seruan itu memuncak selepas insiden pada Rabu, apabila protes aman bertukar menjadi rusuhan dengan bank dipecah masuk dan kereta dibakar, mengorbankan tiga orang.
Walaupun Raja Mohammed VI merupakan kuasa tertinggi negara, kemarahan sering tertumpu kepada kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan agenda pentadbiran.
Pada Khamis, ratusan penunjuk perasaan menyeru Raja campur tangan, sambil melaungkan “Rakyat mahu jatuhkan Akhannouch” dan “Kerajaan berundur!”.
Dalam kenyataan pertama selepas tragedi itu, Akhannouch mengaku berkongsi kesedihan atas kehilangan nyawa dan memuji pasukan keselamatan yang menurutnya berusaha mengekalkan ketenteraman.
Beliau menegaskan, kerajaan bersedia bertindak balas terhadap tuntutan rakyat, dengan menekankan dialog sebagai satu-satunya jalan penyelesaian.
Ketegangan memuncak
Menurut Kementerian Dalam Negeri, tiga maut apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan di Leqliaa, berhampiran Agadir, ketika mereka didakwa cuba merampas senjata polis.
Namun, laporan itu tidak dapat disahkan saksi.
Kerajaan turut melaporkan 354 orang cedera, kebanyakannya anggota keselamatan, manakala ratusan kenderaan serta bangunan awam musnah di 23 wilayah.
Lebih 70 peratus peserta protes dikenal pasti sebagai remaja bawah umur.
Gerakan ini digerakkan oleh kelompok tanpa kepimpinan formal dikenali sebagai Gen Z 212, didominasi anak muda celik media sosial, yang muncul sebagai antara protes terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Penunjuk perasaan mendakwa kerajaan mengabaikan keperluan asas rakyat sementara berbilion dolar dibelanjakan untuk projek Piala Dunia 2030.
Antara slogan paling lantang ialah “Kesihatan dahulu, kami tidak mahu Piala Dunia” dan “Stadium ada, hospital di mana?”.
Kematian lapan wanita di sebuah hospital awam di Agadir baru-baru ini turut dijadikan simbol kelemahan sistem kesihatan negara.
Walaupun pembangunan pesat dikecapi, jurang wilayah, mutu perkhidmatan awam dan peluang pekerjaan yang terbatas menambah rasa tidak puas hati rakyat.
Lebih 1,000 orang telah ditahan, menurut Persatuan Hak Asasi Manusia Maghribi, termasuk mereka yang ditangkap ketika ditemu bual secara langsung di televisyen.
Rakaman tempatan menunjukkan penunjuk perasaan membaling batu dan membakar kenderaan, terutamanya di kawasan timur dan selatan negara yang jauh daripada pembangunan utama.
Protes “Gen Z” di Maghribi kini mencerminkan gelombang kebangkitan belia di beberapa negara lain, termasuk Nepal, Kenya dan Madagascar, yang menuntut perubahan dan keadilan sosial. - Agensi