[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Kebanyakan negara Arab sambut Aidilfitri pada Ahad

Bernama 30/03/2025 | 00:00 MYT
Orang ramai menunaikan solat sunat Aidilfitri, menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan, di sebuah dataran awam di Benghazi, Libya, pada 21 April 2023. - Gambar fail Reuters
ISTANBUL: Umat Islam di kebanyakan negara Arab akan menyambut Aidilfitri pada Ahad, menandakan berakhirnya bulan Ramadan.
Anadolu Ajansi (AA) melaporkan, pihak berkuasa agama di Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan bahawa anak bulan telah kelihatan pada Sabtu.
Dengan itu, Aidilfitri akan diraikan pada Ahad.
Pengumuman serupa turut dibuat oleh Pejabat Wakaf Sunni di Yaman dan Iraq.
Bagaimanapun, Oman memaklumkan bahawa negara itu akan menyambut Aidilfitri pada Isnin susulan anak bulan Syawal tidak kelihatan.
Aidilfitri merupakan satu daripada dua perayaan utama dalam Islam, selain Aidiladha.
-- BERNAMA
#Hari Raya Aidilfitri #negara arab #sambutan aidilfitri #anak bulan Syawal