awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Munoz puji mentaliti JDT selepas bergaya ratah PDRM FC 10-1
JAIS siasat aktiviti senaman aerobik di Bukit Badong
Enam terkorban dalam kebakaran pusat beli-belah di Karachi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebimbangan meningkat terhadap kemungkinan penggantungan perkhidmatan MSF di Gaza

Bernama
Bernama
18/01/2026
13:11 MYT
Kebimbangan meningkat terhadap kemungkinan penggantungan perkhidmatan MSF di Gaza
Ribuan pesakit dan mangsa yang cedera kini menerima penjagaan perubatan pakar daripada pasukan MSF. - AP
GENEVA: Kebimbangan yang semakin meningkat disuarakan oleh rakyat Palestin dan kakitangan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) di Semenanjung Gaza berhubung kemungkinan penggantungan perkhidmatan perubatan MSF susulan tindakan Israel yang mengancam kehadirannya, pada ketika sistem kesihatan Gaza sedang mengalami lumpuh hampir sepenuhnya dan kekurangan sumber yang serius, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Ribuan pesakit dan mangsa yang cedera kini menerima penjagaan perubatan pakar daripada pasukan MSF, yang beroperasi terutamanya di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis, selatan Gaza.
Pesakit dan pekerja perubatan bimbang tiada alternatif lain sekiranya organisasi itu terpaksa menghentikan operasinya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, MSF berkata Israel telah menggantung pendaftaran organisasi itu di bawah peraturan baharu yang dikenakan bagi kerja-kerja di Gaza dan Tebing Barat, tanpa menyatakan tempoh masa.
Organisasi itu berkata pihak berkuasa Israel mendakwa bahawa pengunduran MSF dari Gaza hanya akan memberikan kesan yang terhad, dakwaan yang ditolak sekeras-kerasnya sebagai "sama sekali tidak benar".
Mohammed Abu Jasser, penyelia unit rawatan kebakaran MSF, berkata pasukan itu sedang merawat pesakit yang mengalami patah tulang, pelbagai kecederaan dan kesan lecur yang teruk.
Beliau memberi amaran bahawa tindakan menghalang MSF daripada beroperasi di Gaza akan membawa kesan negatif yang serius, terutamanya berkaitan kemasukan bekalan perubatan dan delegasi perubatan pakar.
MSF juga memberi amaran bahawa sistem kesihatan Gaza kini berada di ambang keruntuhan akibat peperangan, sementara keperluan untuk perkhidmatan perubatan penting terus meningkat secara mendadak.
Sektor kesihatan di Gaza kekal tidak berfungsi sebahagian besarnya disebabkan kekurangan akut bahan api, peralatan perubatan dan ubat-ubatan, yang diburukkan lagi oleh sekatan Israel terhadap kemasukan bantuan perubatan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Doktor Tanpa Sempadan
#MSF
#Gaza
#pesakit
#rawatan
#Israel
#genosid
#perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan