[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla ke Gaza – Perjalanan kini Semakin Hampir. Ikuti perkembangan di sini
DUNIA

Kebocoran bahan kimia ragut lima nyawa di China

Bernama 30/09/2025 | 08:50 MYT
Lima orang maut dalam insiden kebocoran gas beracun di tandas sebuah kilang di bandar Hebi. - Gambar hiasan
ZHENGZHOU (China): Lima orang maut manakala tiga lagi dimasukkan ke hospital selepas berlaku kebocoran gas beracun di tandas sebuah kilang di bandar Hebi, wilayah Henan di China, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Insiden berlaku sekitar 7 pagi Isnin di Hexin Chemical Industry Co., Ltd. di Daerah Shancheng.

Siasatan awal mendapati kebocoran dari sebuah tangki simpanan asid sulfurik menyebabkan bahan kimia masuk ke dalam sistem saliran air hujan kilang sebelum mengalir ke tangki septik.

Reaksi kimia yang berlaku menghasilkan gas hidrogen sulfida.

Seorang daripada mangsa yang cedera dilaporkan parah tetapi stabil, manakala dua lagi cedera ringan, menurut biro pengurusan kecemasan daerah itu pada Selasa.

Operasi kilang telah digantung dan semua pekerja dipindahkan dari lokasi, sementara siasatan sedang dijalankan.

-- BERNAMA


#kebocoran gas #China #kilang #Henan