DUNIA
Kebuluran buatan manusia: PM Britain sifatkan situasi Gaza "mengerikan"
Starmer membuat kenyataan itu ketika sesi soal jawab bersama Ketua Parti Liberal Demokrat, Ed Davey di Parlimen. - Reuters
LONDON: Perdana Menteri Britain Keir Starmer pada Rabu menyifatkan situasi di Semenanjung Gaza sebagai "mengerikan" dan "kebuluran buatan manusia", di tengah-tengah kebimbangan mengenai penghantaran bantuan kemanusiaan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Starmer membuat kenyataan itu ketika sesi soal jawab bersama Ketua Parti Liberal Demokrat, Ed Davey di Parlimen.
Davey merujuk kepada "imej ngeri" dari Gaza dan bertanya sama ada Starmer akan menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, "satu-satunya individu di dunia" yang menurutnya boleh membantu menghentikan krisis itu, supaya mengambil tindakan semasa lawatan negara beliau ke UK akan datang.
Starmer berkata beliau akan berbincang dengan semua pemimpin mengenai situasi berkenaan.
Beliau menambah, sekiranya Davey tidak menolak jemputan ke jamuan negara itu, beliau sendiri boleh membangkitkan isu berkenaan kepada Trump. "Ia bukanlah satu tindakan kepimpinan untuk tidak hadir," katanya.
Anggota Parlimen Buruh, Bell Ribeiro-Addy turut menyoal Starmer mengenai langkah yang diambil kerajaan UK untuk melindungi warga Britain di atas kapal Global Sumud Flotilla.
Starmer menjawab: "Beliau membangkitkan isu yang sangat penting berhubung situasi yang mengerikan di Gaza, dan kerajaan Israel menghalang bantuan mendesak daripada sampai, dan itulah sebabnya kita kini menyaksikan kebuluran buatan manusia. Perkara itu seharusnya membuatkan kita semua berhenti dan berfikir."
"Saya ingin katakan, kami sedang bekerjasama dengan negara lain untuk menghantar bantuan dengan apa jua cara praktikal, tetapi laluan darat adalah satu-satunya cara yang berdaya maju dan mampan untuk menyalurkan bantuan ke Gaza pada skala yang diperlukan, dan Israel mesti menarik balik sekatan bagi membolehkan agensi bantuan menghantar bekalan yang menyelamatkan nyawa," tambahnya.
Sekitar 200 aktivis, ahli politik dan artis dari 44 negara berlepas dari Barcelona pada Ahad selepas mengadakan perhimpunan besar bagi menyokong misi mereka.
-- BERNAMA