DUNIA

Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP

Bernama 28/12/2024 | 04:45 MYT
Rakyat Palestin menunggu untuk menerima bekalan makanan di Rafah, Semenanjung Gaza, 13 Mac 2024. - Gambar fail/REUTERS
ROM: Program Makanan Sedunia (WFP) menyatakan kebuluran semakin menghimpit penduduk di Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan untuk menyokong penduduk di Gaza.

"Kami mengulangi seruan kami untuk akses yang selamat dan berterusan serta pemulihan undang-undang dan ketenteraman.

"Gencatan senjata lebih diperlukan berbanding sebelumnya," tegas WFP di platform X.

-- BERNAMA

#Gaza #WFP #kebuluran #bekalan makanan