awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS kecam serangan dron kediaman PM Iraq

Bernama
Bernama
07/11/2021
04:38 MYT
AS kecam serangan dron kediaman PM Iraq
Ned Price berkata, AS turut berhubung rapat dengan pasukan keselamatan Iraq dan menawarkan bantuan untuk menyiasat serangan itu. - AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengecam serangan dron yang menyasarkan rumah Perdana Menteri Iraq Mustafa Al-Kadhimi, kata Jurucakap Jabatan Negara AS Ned Price.
"Kami lega apabila mengetahui Perdana Menteri tidak cedera. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan itu," kata Price dalam satu kenyataan, lapor Sputnik.
Beliau berkata, AS turut berhubung rapat dengan pasukan keselamatan Iraq dan menawarkan bantuan untuk menyiasat serangan itu.
Pada Ahad pagi, Al Arabiya melaporkan serangan dron menyasarkan rumah Perdana Menteri Iraq Mustafa Al-Kadhimi. Al-Kadhimi bersama beberapa pengawal keselamatannya dilaporkan cedera ringan.
Sementara itu, agensi berita Shafaq melaporkan tiga daripada pengawal keselamatan perdana menteri cedera.
Menurut Al Arabiya, terdapat juga insiden berbalas tembakan berhampiran Zon Hijau di Baghdad. Menurut sumber keselamatan dron yang menyasarkan rumah Al-Kadhimi berjaya dipintas.
Al-Kadhimi menerusi Twitter berkata beliau dalam keadaan baik dan meminta semua bertenang demi Iraq.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan dron
#Iraq
#mustafa al-khadimi
#Ned Price
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan