[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
DUNIA

Kecoh kereta Honda 'parkir' atas Mercedes

Sinar Harian 14/10/2022 | 01:00 MYT
Sebuah kereta Honda berada di atas bumbung sebuah kereta Mercedes di tempat meletak kenderaan di sebuah pusat beli-belah di Sydney pada Khamis. - Foto Nine
SYDNEY: Sebuah kereta Honda berada di atas sebuah kereta Mercedes di tempat meletak kenderaan di sebuah pusat beli-belah di Hurstville, selatan Sydney pada Khamis.

Perkhidmatan kecemasan diminta datang ke pusat beli-belah itu selepas kejadian tersebut berlaku dan kemudian mendapati kereta mewah tersebut tersangkut di bawah sebuah kereta Honda Civic.

Polis percaya pemandu Honda Civic itu melanggar pintu pagar yang menyebabkan kenderaan itu melambung di atas kereta Mercedes.

Dalam kejadian itu, anggota-anggota paramedik merawat seorang lelaki berusia 50-an sebelum dia dibawa ke sebuah hospital kerana mengalami kecederaan ringan. -Sinar Harian/Agensi



#Honda #Mercedes #pusat beli-belah di Hurstville #tempat meletak kenderaan