[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Kecuaian ibu bapa punca gorila mati ditembak di zoo AS - Aktivis haiwan

Kohilah Sekaran 30/05/2016 | 02:29 MYT
Zoo Cincinnati, Amerika Syarikat mengesahkan bahawa seorang pegawai keselamatan zoo menembak mati seekor gorilla berusia 17 tahun selepas ia menarik seorang kanak-kanak 4 tahun yang terjatuh ke dalam kandan haiwan itu. - Gambar hiasan
ZOO Cincinnati di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa seorang pegawai keselamatan zoo telah bertindak menembak mati seekor gorila selepas ia didakwa menarik seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang terjatuh ke dalam kandang haiwan itu.
Memetik laporan NBC News baru-baru ini, mangsa dikatakan memanjat melepasi halangan sebelum terjatuh setinggi 10 kaki ke dalam kandang pada kira-kira jam 4 petang, semalam.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba Cincinnati, saksi pertama melaporkan dia melihat aksi ganas gorila berusia 17 tahun tersebut yang bertindak menarik dan membaling mangsa.
Kanak-kanak itu kemudian sempat diselamatkan selepas penjaga zoo dengan menembak mati gorilla itu dengan menggunakan sepucuk senapang, rifle.
Pengarah Zoo, Thane Maynard berkata kanak-kanak lelaki yang ditawan oleh gorila selama 10 minit, kini sedang menerima rawatan di Hospital Kanak-kanak Cincinnati dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Di media sosial, kumpulan penyayang haiwan menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan penjaga zoo.
Menurut mereka, ibu bapa harus mengawasi pergerakkan anak-anak mereka, dan bukannnya membiarkan mereka memanjat pagar haiwan.
Mereka turut menyalahkan kecuaian ibu bapa dalam menjaga anak-anak mereka sehingga menyebabkan insiden itu berlaku.
Menurut pengguna media sosial, gorila itu bukan ditembak mati kerana menyerang seorang kanak-kanak, tetapi ditembak mati gara-gara kecuaian ibu bapa yang gagal menjaga anak mereka ketika melawat haiwan itu di zoo tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gorila yang dikenali sebagai Harambe dilahirkan di Zoo Gladys Porter di Brownsville, Texas dan dipindahkan ke Zoo Cincinnati pada 2014.
#Cincinnati #ditembak mati #gorilla #Kini Trending