DUNIA
Kecuaian projek pembinaan punca kebakaran pangsapuri Hong Kong
Keadaan kompleks perumahan bertingkat, Wang Fuk Court selepas kebakaran yang berlaku pada Rabu lalu. - Gambar REUTERS
13 individu ditahan pihak berkuasa Hong Kong bagi membantu siasatan insiden kebakaran kompleks perumahan bertingkat, Wang Fuk Court.
Ketua Setiausaha Pentadbiran Hong Kong, Eric Chan berkata, siasatan awal mendapati bahan pembinaan tidak mematuhi piawaian keselamatan menjadi faktor utama kebakaran yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 151 mangsa setakat petang Isnin,
"Kami mengambil sampel bahan berwarna hijau yang dibalut pada struktur binaan buluh atau perancah di lokasi kejadian. Setelah diperiksa, ternyata ia gagal menepati piawaian bahan kalis api.
"Bahan berkualiti rendah tersebut diletakkan di lokasi yang sukar dicapai untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Seterusnya penebat buih yang digunakan memarakkan penyebaran api, manakala sistem penggera kebakaran di kompleks berkenaan didapati tidak berfungsi dengan baik," ujarnya.
Sementara itu, Pegawai Polis, Tsung Shuk Yin berkata keadaan di lokasi kejadian sungguh menyayat hati, mayat bergelimpangan di laluan tangga dan bumbung, dipercayai terperangkap ketika cuba menyelamatkan diri.
Kini timbul diskusi hangat dalam kalangan penduduk mengenai aspek keselamatan struktur bangunan sekitar Hong Kong yang mungkin diambil ringan selama ini.