awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kediaman di Jepun wajib dilengkapi panel tenaga solar selepas 2025

Faida Rahim
Faida Rahim
16/12/2022
05:00 MYT
Kediaman di Jepun wajib dilengkapi panel tenaga solar selepas 2025
Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, memaklumkan hanya empat peratus daripada bangunan di bandar raya itu dipasang panel solar. - Foto BERNAMA
TOKYO: Semua kediaman baharu di Tokyo yang dibina selepas April 2025 oleh pemaju rumah berskala besar perlu dilengkapi panel tenaga solar untuk mengurangkan pelepasan karbon isi rumah.
Memetik laporan Reuters, peraturan baharu itu diluluskan oleh perhimpunan tempatan ibu negara Jepun, pada Khamis.
Peraturan ini adalah yang pertama bagi perbandaran yang mewajibkan kira-kira 50 syarikat pemaju utama melengkapkan kediaman berkeluasan sehingga 2,000 meter persegi dengan sumber tenaga boleh diperbaharui, khususnya panel solar.
Minggu lalu, gabenor Tokyo, Yuriko Koike, memaklumkan hanya empat peratus daripada bangunan di bandar raya itu dipasang panel solar.
Kerajaan Jepun menyasarkan untuk mengurangkan separuh pelepasan gas rumah hijau menjelang 2030.
Jepun, pemancar karbon kelima terbesar di dunia komited mencapai neutraliti karbon menjelang 2050 tetapi menghadapi kesukaran kerana banyak bergantung pada kuasa terma pembakaran arang batu selepas kebanyakan reaktor nuklearnya berlaku selepas bencana Fukushima 2011.
Risako Narikiyo, anggota parti wilayah Koike Tomin First no Kai memberitahu selain krisis iklim global sedia ada, Jepun juga menghadapi krisis tenaga ditambah perang Rusia-Ukraine yang berpanjangan.
“Tiada masa untuk dibazirkan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Tokyo
#panel solar
#Yuriko Koike
#Pelepasan gas rumah hijau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan