awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis ditutup sementara

Agensi
Agensi
18/06/2025
01:50 MYT
Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis ditutup sementara
Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis akan ditutup bermula Rabu hingga Jumaat susulan situasi keselamatan semasa di rantau itu serta arahan pihak berkuasa Israel. - Gambar Reuters
TEL AVIV: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis akan ditutup bermula Rabu hingga Jumaat susulan situasi keselamatan semasa di rantau itu serta arahan pihak berkuasa Israel.
Dalam kenyataan menerusi platform X pada Selasa, Jabatan Negara AS memaklumkan, penutupan itu turut melibatkan semua urusan konsular di Baitulmaqdis dan Tel Aviv.
"Susulan situasi keselamatan dan bagi mematuhi panduan daripada Komando Barisan Hadapan Israel, Kedutaan AS di Baitulmaqdis akan ditutup mulai Rabu, 18 Jun hingga Jumaat (20 Jun)," menurut kenyataan itu.
Penutupan sementara itu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga susulan ketegangan yang semakin meningkat di wilayah berkenaan.
Bulan lalu, satu perarakan besar di Baitulmaqdis bagi memperingati penguasaan Israel ke atas timur kota itu pada perang 1967 semalam bertukar huru-hara apabila pelampau Yahudi menyerang penduduk Palestin.
Perarakan tahunan yang dikenali sebagai 'Flag March' itu menarik puluhan ribu peserta yang melaungkan slogan, menari dan mengibarkan bendera Israel.
Baitulmaqdis turut menyaksikan peningkatan serangan oleh peneroka Yahudi ke atas penduduk Palestin.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Palestin
#Israel
#Baitulmaqdis
#Kedutaan AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami