awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan Malaysia di Addis Ababa kembali beroperasi mulai 23 September

Bernama
Bernama
29/09/2025
06:00 MYT
Kedutaan Malaysia di Addis Ababa kembali beroperasi mulai 23 September
Wisma Putra menegaskan pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa, yang turut menjadi lokasi ibu pejabat Kesatuan Afrika, bakal membuka ruang bagi Malaysia memperkukuh hubungan dengan rantau itu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa, Ethiopia kini kembali beroperasi bermula 23 Sept.

Ringkasan AI
  • Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa, Ethiopia kembali beroperasi mulai 23 September sebagai langkah memperkukuh hubungan dua hala dengan Ethiopia.
  • Pembukaan semula kedutaan turut membuka peluang kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan dan kesalinghubungan rakyat, serta memperkukuh hubungan Malaysia dengan Kesatuan Afrika.
  • Kedutaan kini beroperasi di alamat sementara di Hotel Sheraton Addis dan boleh dihubungi melalui telefon atau e-mel yang dinyatakan oleh Wisma Putra.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan pembukaan semula kedutaan itu mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus mengukuhkan hubungan dua hala yang mesra dan erat dengan Ethiopia.
"Ia menjadi pemangkin untuk meneroka peluang-peluang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama, terutamanya dalam perdagangan, pelaburan dan kesalinghubungan antara rakyat," menurut kenyataan itu.
Kementerian yang juga dikenali sebagai Wisma Putra menegaskan bahawa pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa, yang turut menjadi lokasi ibu pejabat Kesatuan Afrika, bakal membuka ruang bagi Malaysia memperkukuh hubungan dengan Kesatuan Afrika.
Kedutaan kini beroperasi di alamat sementara di Hotel Sheraton Addis, P.O. Box 6002, Taitu St., Addis Ababa, Ethiopia dan boleh dihubungi di talian +251 115171717 (samb. 349) atau e-mel [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kedutaan Malaysia
#Addis Ababa
#ethiopia
#Kesatuan Afrika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan