DUNIA
Kedutaan Malaysia di Addis Ababa kembali beroperasi mulai 23 September
Wisma Putra menegaskan pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa, yang turut menjadi lokasi ibu pejabat Kesatuan Afrika, bakal membuka ruang bagi Malaysia memperkukuh hubungan dengan rantau itu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa, Ethiopia kini kembali beroperasi bermula 23 Sept.
Ringkasan AI
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan pembukaan semula kedutaan itu mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus mengukuhkan hubungan dua hala yang mesra dan erat dengan Ethiopia.
"Ia menjadi pemangkin untuk meneroka peluang-peluang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama, terutamanya dalam perdagangan, pelaburan dan kesalinghubungan antara rakyat," menurut kenyataan itu.
Kementerian yang juga dikenali sebagai Wisma Putra menegaskan bahawa pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa, yang turut menjadi lokasi ibu pejabat Kesatuan Afrika, bakal membuka ruang bagi Malaysia memperkukuh hubungan dengan Kesatuan Afrika.
Kedutaan kini beroperasi di alamat sementara di Hotel Sheraton Addis, P.O. Box 6002, Taitu St., Addis Ababa, Ethiopia dan boleh dihubungi di talian +251 115171717 (samb. 349) atau e-mel mwaddisababa@kln.gov.my.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa, Ethiopia kembali beroperasi mulai 23 September sebagai langkah memperkukuh hubungan dua hala dengan Ethiopia.
- Pembukaan semula kedutaan turut membuka peluang kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan dan kesalinghubungan rakyat, serta memperkukuh hubungan Malaysia dengan Kesatuan Afrika.
- Kedutaan kini beroperasi di alamat sementara di Hotel Sheraton Addis dan boleh dihubungi melalui telefon atau e-mel yang dinyatakan oleh Wisma Putra.