Kedutaan Malaysia di sini akan terus ditutup sementara menunggu keputusan daripada pihak berkuasa Nepal berhubung aspek keselamatan bangunan lima tingkat itu, susulan kejadian gempa bumi kuat melanda Nepal pada 25 April.
Penasihat/Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah berkata kedutaan yang terletak di Karmachari Sanchaya Kosh Bhawan, Pulchowk, dijangka ditutup kira-kira beberapa minggu lagi.
Beliau berkata pegawai setempat pada Ahad telah memeriksa bangunan itu dan kedutaan sedang menunggu laporan penilaian.
Fadli berkata sejak gempa bumi itu berlaku, kedutaan beroperasi di sebuah pejabat bergerak di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.
"Setiausaha Ketiga (Pentadbiran & Kewangan) Mohd Farriq Osman dan saya kekal berada di Kathmandu sejak tragedi itu dan beroperasi di pejabat bergerak di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas untuk kembali ke tanah air dengan selamat," katanya kepada Bernama di sini.
Sementara itu, semasa meninjau sepintas lalu keadaan di bangunan kedutaan Malaysia itu, dapat dilihat kerosakan yang dialami terutamanya lantai dan dinding yang retak.
Fail-fail dan perabot berselerakan di merata tempat seolah-olah semua bilik telah dipecah masuk, manakala telefon-telefon bimbit ditinggalkan sahaja di atas meja, jelas memaparkan pengalaman mengerikan dialami oleh lima staf yang berada dalam bangunan ketika berlakunya kejadian gempa bumi itu.
Susulan berlakunya gempa bumi susulan berukuran 5 pada skala Richter di Kathmandu setiap hari, Fadli berkata adalah tidak selamat untuk berada di bangunan itu lebih daripada lima minit.
Walaupun notis ditampal di tingkat bawah berhubung penutupan kedutaan, warga Nepal yang bimbang, kebanyakannya pekerja masih datang untuk memeriksa status permohonan pasport mereka.
Fadli menasihatkan rakyat Malaysia dan Nepal untuk melayari laman web atau Facebook kedutaan bagi mendapatkan nombor telefon dan maklumat terkini.
Bernama
Tue May 05 2015
Pejabat Kedutaan Malaysia di Nepal dijangka ditutup beberapa minggu lagi susulan gempa yang merosakkan struktur beberapa bangunan. -Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kedutaan Malaysia di Nepal masih ditutup
Penasihat/Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah berkata kedutaan yang terletak di Karmachari Sanchaya Kosh Bhawan, Pulchowk, dijangka ditutup kira-kira beberapa minggu lagi.
Pendaki hilang: Pasukan mencari bersiap-siap ke lokasi baharu
Pasukan mencari dan menyelamat pendaki Malaysia yang hilang Dennis Lee Thian Poh di Barat Nepal kini bersiap sedia untuk bergerak ke lokasi baharu berhampiran.
Lebih ramai penduduk kampung sertai operasi mencari Dennis Lee - kedutaan
Lebih ramai penduduk tempatan dan pengembara menyertai operasi mencari pengembara warga Malaysia yang hilang semasa melakukan pengembaraan di Nepal.