Kedutaan Malaysia di Tehran pantau gempa bumi di tenggara Iran

Bernama
Disember 1, 2017 15:19 MYT
Kerosakan akibat gempa bumi di Ravar, wilayah Kerman di Iran pada 1 Dis 2017. - HAMID SADEGHI/REUTERS
Kedutaan Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti gempa bumi bermagnitud 6.0 yang berlaku di tenggara Iran dekat bandar Kerman, 1,000 kilometer selatan Tehran pada 6 pagi (waktu tempatan) hari ini.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana ini diminta menghubungi kedutaan di No 25, Second Alley, North Zarafshan St, Eyvanak Blvd Phase 4, Shahrak Qods, Tehran atau menghubungi 00982188072444 dan 00989335352602 (selepas waktu pejabat).
Sekurang-kurangnya 42 orang dilaporkan cedera dan sehingga 30 rumah musnah akibat gempa bumi itu.
-- BERNAMA
#gempa bumi #kedutaan Malaysia di Iran #Tehran