awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kegagalan enjin punca kebakaran, pendaratan cemas Air China di Singapura

Agensi
Agensi
11/09/2023
08:41 MYT
Kegagalan enjin punca kebakaran, pendaratan cemas Air China di Singapura
Pesawat yang membawa 146 penumpang dan sembilan anak kapal itu melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi pada kira-kira jam 4.15 petang waktu tempatan. - Gambar Airline Secrets Exposed
SINGAPURA: Kegagalan mekanikal pada enjin Air China CA403 dipercayai menjadi punca kebakaran sehingga menyebabkan pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi Singapura, pada Ahad.
Air China menerusi hantaran di laman sosial menjelaskan, ia berdasarkan penilaian awal dan selain menjelaskan siasatan insiden itu sedang dijalankan.
"Anak kapal yang mengendalikan insiden itu mengikut prosedur dan penumpang memberikan kerjasama ketika pemindahan," jelas hantaran itu.
Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) memberitahu, sembilan penumpang mengalami kecederaan ringan membabitkan penyedutan asap dan melecet ketika proses pemindahan.
"Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan sedang menyiasat insiden itu dan sudah menghubungi rakan sejawatannya dari China yang akan membantu siasatan," jelas CAAS.
Sebuah landasan ditutup selama kira-kira tiga jam susulan insiden itu.
Penerbangan itu dikatakan dalam perjalanan dari Chengdu ke Singapura apabila asap dilaporkan dalam ruang kargo hadapan dan tandas kira-kira jam 4 petang waktu tempatan.
Pesawat yang membawa 146 penumpang dan sembilan anak kapal itu melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi pada kira-kira jam 4.15 petang waktu tempatan.
Video kejadian menunjukkan penumpang menggelongsor menuruni pintu keluar kecemasan dengan api kelihatan di bahagian kiri enjin.
Topic Berkaitan
#Air China
#caas
#kebakaran
#pendaratan cemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan