awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keganasan terbaru bukan tanda konflik selatan Thailand semakin meruncing

Bernama
Bernama
15/08/2016
12:12 MYT
Keganasan terbaru bukan tanda konflik selatan Thailand semakin meruncing
PRAWIT: Insiden ini bukan menandakan konflik di selatan bertrambah meruncing.
Insiden pengeboman dan serangan baru-baru ini yang menyebabkan empat orang maut dan 35 cedera, termasuk 10 pelancong asing bukan menandakan konflik di selatan Thailand bertambah meruncing, kata Timbalan Perdana Menteri Thailand.
Jeneral Prawit Wongsuwan, yang juga Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab bagi hal ehwal keselamatan berkata beliau yakin bahawa faktor domestik memainkan peranan penting mencetuskan keganasan tetapi tidak menolak apa-apa kemungkinan.
"Insiden ini (pengeboman dan serangan khianat) bukan menandakan konflik di selatan bertrambah meruncing," kata beliau kepada media selepas menghadiri mesyuarat dengan pegawai tertinggi dari tentera, polis dan agensi keselamatan negara di Rumah Kerajaan hari ini.
Beliau mengulas spekulasi oleh sesetengah pihak bahawa keganasan itu dicetuskan oleh kumpulan militan selatan Thai kerana bahan letupan "Improvise Explosive Device" (IED) yang digunakan semasa insiden mempunyai persamaan.
Menurut media tempatan, pasukan penyiasat merumuskan bahawa semua pengeboman mempunyai kaitan satu sama lain kerana peranti letupan yang digunakan sama dan aplikasi telefon bimbit digunakan untuk mengaktifkan bom.
Topic Berkaitan
#pengeboman
#pengganas
#Prawit Wongsuwan
#selatan thailand
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan