DUNIA
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Lebih 3,000 penunjuk perasaan berkumpul di Perkampungan Olimpik membantah kehadiran pegawai ICE pada Sukan Olimpik Musim Sejuk di Milan dan Cortina d'Ampezzo. - Gambar/ Reuters
MILAN: Pertempuran tercetus di Milan di luar acara Sukan Olimpik Musim Sejuk susulan satu protes pada Sabtu yang melibatkan ribuan peserta, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Susulan perarakan lebih 3,000 penunjuk perasaan menuju ke Perkampungan Olimpik, beberapa peserta dilaporkan membaling bom asap dan bom petrol ke arah pasukan keselamatan. Polis bertindak balas menggunakan belantan, meriam air dan gas pemedih mata. Enam individu ditahan buat sementara waktu.
Protes itu antara lain ditujukan terhadap kehadiran pegawai Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) pada Sukan Olimpik Musim Sejuk di Milan dan Cortina d'Ampezzo.
Polis menganggarkan jumlah peserta sekitar 3,000 orang, manakala anggaran lain meletakkannya kira-kira 5,000 orang.
Agensi imigresen Amerika Syarikat (AS) itu berdepan kritikan hebat susulan peranannya dalam tindakan keras imigresen oleh Presiden Donald Trump, termasuk insiden kematian dua warga AS yang memprotes operasi pengusiran di Minneapolis.
Pegawai ICE dalam delegasi AS di Itali ditugaskan melindungi pegawai seperti Naib Presiden JD Vance dan Setiausaha Negara Marco Rubio.
Kerajaan Itali berulang kali menegaskan bahawa anggota ICE tidak akan menjalankan sebarang tugas kepolisan di jalan raya Itali. Lebih 6,000 anggota keselamatan Itali telah dikerahkan di sekitar temasya berkenaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pertempuran berlaku di Milan sehubungan dengan protes ribuan peserta terhadap kehadiran pegawai ICE Amerika Syarikat di Sukan Olimpik Musim Sejuk.
- Lebih daripada 3,000 penunjuk perasaan membaling bom asap dan petrol ke arah pasukan keselamatan, menyebabkan polis menggunakan belantan, meriam air, dan gas pemedih mata.
- Kerajaan Itali menegaskan bahawa anggota ICE tidak akan menjalankan tugas kepolisan di Itali dan telah mengerahkan lebih 6,000 anggota keselamatan di kawasan berkenaan.