Foto yang memaparkan seorang wanita Afghanistan, Jahan Taab, sedang menduduki peperiksaan sambil menjaga bayinya di lantai, tular dan menjadi topik yang hangat di media sosial.
Menurut laporan CNN, wanita berumur 25 tahun itu sedang mengambil peperiksaan Kankor, iaitu peperiksaan untuk kemasukan kursus sains sosial di Insititut Pengajian Tinggi Nasirkhosraw di bandar Nilli.
Menurut seorang pensyarah di universiti yang memantau ujian itu, Yahya Erfan, wanita itu bangkit dari meja tulisnya ketika bayi berumur dua bulan itu mula menangis sewaktu menjalani peperiksaan.
Wanita tersebut lalu duduk bersilang di lantai untuk menyusukan bayinya sambil meneruskan jawapan peperiksaan itu.
Erfan sempat mengambil beberapa foto wanita tersebut dan terus dimuatnaik dalam Facebook. Walaupun perkongsian gambar itu kini telah dipadam oleh Erfan, foto tersebut menjadi tular secara meluas dan dikongsikan oleh ribuan netizen di Twitter.
“Wanita itu yang mempunyai tiga anak, berjalan lebih enam jam untuk sampai ke bandar Nilli.”
“Sungguh luar biasa dan semua rakan sekelasnya amat kagum dengannya,” kata Erfan kepada CNN.
Walaupun Taab telah lulus ujian kemasukan universiti, Taab bimbang jika dia tidak mampu untuk membayar yuran pengajian.
Taab yang dilaporkan berkahwin dengan seorang petani, mempunyai minat yang tinggi untuk meneruskan pengajian tinggi.
Sebuah organisasi British Persatuan Belia Afghanistan telah melancarkan GoFundMe untuk memberi sokongan dari segi kewangan untuk bantu Taab meneruskan azamnya.
Organisasi tersebut juga menggelar Taab sebagai contoh kepada ribuan wanita Afghanistan yang sedang menghadapi cabaran yang sama.
Agensi
Thu Mar 22 2018
Jahan Taab, 25, sedang menduduki peperiksaan kemasukan universiti sambil menjaga bayinya di lantai. Foto tersebut menjadi tular di media sosial dan dijadikan sebagai wanita contoh di Afghanistan. Foto Twitter @ShaharzadAkbar
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas
Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.
Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.
Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan
Punca masalah dan cabaran Afghanistan ialah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah.
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.
Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan
Menurut penduduk tempatan, kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.