awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejam! Cekik, penggal kepala isteri

Sinar Harian
Sinar Harian
13/09/2018
13:51 MYT
Kejam! Cekik, penggal kepala isteri
Perbuatan kejam itu dilakukan oleh Satish, 35, ke atas isterinya, Roopa, 25, setelah dikatakan berkahwin enam tahun atas dasar cinta.
Seorang suami tergamak memenggal kepala isterinya kerana mendakwa wanita itu curang kepadanya.
Perbuatan kejam itu dilakukan oleh Satish, 35, ke atas isterinya, Roopa, 25, setelah dikatakan berkahwin enam tahun atas dasar cinta.
Satish turut membawa kepala isterinya sejauh 20 kilometer yang disimpan dalam plastik hitam ke balai polis Ajjampura setelah mencekik dan memenggal kepala mangsa menggunakan sebilah parang.
"Pada mulanya, tiada sesiapa mempercayainya, tetapi setelah dia membuka beg ternyata terdapat kepala wanita di dalamnya.
"Dia meminta segelas air kerana letih dan dahaga. Setelah minum, dia berkata ingin menyerah diri dan memberitahu bagaimana dia melakukan jenayah tersebut," kata jurucakap polis.
Difahamkan, rumah tangga mereka mula bermasalah sejak tujuh bulan lalu apabila isteri membuat aduan kepada polis bahawa suaminya itu tidak memberikan wang untuk perbelanjaan rumah dan dua anak mereka. BACA: Kalah permainan video, remaja nekad penggal kepala dengan gergaji
BACA: Nenek dipenggal dengan pedang samurai, kepala dibuang ke sungai Menceritakan kejadian pada Ahad lalu, pasangan tersebut sempat menikmati makan tengahari bersama di sebuah gerai.
Namun, Roopa beredar terlebih dahulu dengan memberi alasan mahu pulang ke rumah.
Selang beberapa minit, Satish menghubungi mangsa berulang kali namun isterinya tidak mengangkat panggilan mendorong dia mengesyaki sesuatu, lalu bergegas pulang ke rumah malangnya Roopa tiada.
Dia kemudian menjumpai isterinya sedang berbual dengan seorang pemuda berhampiran rumah mereka dan berang melihat perbuatan itu, Satish bertindak luar kawalan dengan mengambil sebilah parang cuba membunuh pemuda namun dihalang oleh Roopa.
Berang dengan tindakan isterinya, Satish terus mencekik Roopa dengan menggunakan sari yang dipakainya lalu memenggal kepala.
Pemuda berjaya melepaskan diri dengan mengalami beberapa kesan luka. - Times of India
Topic Berkaitan
#bunuh
#India
#isteri curang
#jenayah
#mangsa
#penggal
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan