Kek istimewa buat isteri gemar 'shopping online'

Sinar Harian
Julai 29, 2019 04:19 MYT
Pada hari jadi ke-39 Emily McGuire, suaminya Waylon telah menempah sebuah kek khas berbentuk kotak Amazon yang merupakan stor atas talian terbesar. -Foto Sinar Harian
Seorang lelaki dari North Carolina, Amerika Syarikat membuat kejutan istimewa sempena hari jadi isterinya yang gemar membeli-belah secara atas talian.
Pada hari jadi ke-39 Emily McGuire, suaminya Waylon telah menempah sebuah kek khas berbentuk kotak Amazon yang merupakan stor atas talian terbesar.
Kek tersebut dibuat mengikut butiran kotak Amazon yang sebenar termasuk label penghantaran.
"Apabila anda banyak membeli-belah di Amazon, anda akan mendapat kek kotak Amazon," tulis wanita berkenaan yang berkongsi gambar tersebut di Instagram.
Ramai pengguna Instagram memuji Waylon kerana memberikan kejutan unik buat isterinya selain turut menghayati kecantikan kek tersebut. - Agensi
#Emily McGuire #gemar membeli-belah #kejutan istimewa #kek khas #kek kotak Amazon #label penghantaran