INTERNATIONAL
Kekejaman Zionis: ASEAN tentang sebarang bentuk penjajahan, harap penyelesaian muktamad - PM
Anwar menegaskan, ASEAN mengharapkan penyelesaian muktamad terhadap nasib yang menimpa Palestin susulan tindakan zalim rejim Zionis. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: ASEAN sekali lagi menyatakan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penjajahan terhadap mana-mana negara termasuk melibatkan kekejaman terhadap rakyat Gaza.
Ringkasan AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN menegaskan, ASEAN mengharapkan penyelesaian muktamad terhadap nasib yang menimpa Palestin susulan tindakan zalim rejim Zionis.
Katanya lagi, Malaysia dan ASEAN menyokong penyelesaian dua negara sebagai jalan ke arah keamanan yang berkekalan di Asia Barat.
"Oleh itu, saya menolak penjajahan ke atas mana-mana negara. Kita dibesarkan untuk menghormati maruah dan aspirasi manusia.
"Maka, kami (ASEAN) berharap resolusi ini membawa kepada pengakhiran terhadap kekejaman berdekad-dekad yang dilakukan oleh Israel, gencatan senjata serta-merta dan pengiktirafan terhadap penyelesaian dua negara.
"Penyelesaian ini juga dikongsi oleh banyak negara dalam ASEAN sebagai langkah ke arah menamatkan keganasan," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan sempena Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kedua yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.
Acara diplomatik bersejarah ini menghimpunkan pemimpin dari negara-negara ASEAN, dan GCC yang terdiri daripada Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Qatar, Bahrain, dan Oman.
Anwar menambah isu Palestin, khususnya penderitaan di Gaza, amat menyayat hati dan menjadi keprihatinan utama Malaysia dan negara anggota ASEAN.
Beliau juga menegaskan bahawa penderitaan rakyat Palestin tidak boleh dilupakan dan komuniti antarabangsa perlu bersama ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- ASEAN, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan pendirian tegas menolak sebarang bentuk penjajahan, termasuk kekejaman terhadap rakyat Gaza oleh rejim Zionis.
- Malaysia dan negara-negara ASEAN menyokong penyelesaian dua negara sebagai jalan ke arah keamanan yang berkekalan di Timur Tengah, serta menyeru kepada gencatan senjata segera.
- ASEAN menggesa komuniti antarabangsa untuk tidak melupakan penderitaan rakyat Palestin dan bersama-sama menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. Jika anda mahu versi ini dalam bentuk nota, slaid, atau bahan pembentangan, saya boleh bantu sediakan juga.