awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekejaman Zionis: Bayi pramatang dalam risiko besar di Al-Shifa

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2023
01:30 MYT
Kekejaman Zionis: Bayi pramatang dalam risiko besar di Al-Shifa
Bayi pramatang dibaringkan bersebelahan untuk mewujudkan rasa hangat dan hanya memakai lampin serta kini menunggu harapan sama ada boleh diselamatkan. - Foto AP
GAZA: Bayi-bayi di Hospital Al-Shifa, Gaza, kini berada dalam risiko yang besar kehilangan nyawa dengan setiap detik yang berlalu.
Kesemua mereka dikumpul dan dibaringkan bersebelahan untuk mewujudkan rasa hangat dan hanya memakai lampin serta kini menunggu harapan sama ada boleh diselamatkan.
Bayi yang baru lahir itu berada di bawah jagaan medik yang keletihan di Hospital Al-Shifa.
Hospital itu dikepung oleh kereta kebal Zionis Israel yang memerangi pejuang hamas ia kekurangan bekalan elektrik, air, makanan, ubat-ubatan dan peralatan.
Ketua Jabatan Pediatrik di Al-Shifa, Dr Mohamed Tabasha berkata, semalam mereka mempunyai 39 bayi namun hari ini hanya tinggal 36 bayi.
Beliau tidak mengetahui berapa lama bayi-bayi ini dapat bertahan dan memaklumkan mungkin akan kehilangan lagi dua bayi hari ini atau dalam masa satu jam.
Bayi pramatang, yang beratnya kurang daripada 1.5 kg harus berada dalam inkubator di mana suhu dan kelembapan boleh dikawal mengikut keperluan individu mereka.
Sebaliknya, mereka terpaksa dipindahkan ke katil biasa pada hujung minggu lalu kerana kekurangan bekalan elektrik.
Tabasha berkata, mereka diletakkan bersebelahan dikelilingi oleh paket lampin, kotak kadbod kain kasa steril dan beg plastik.
Bayi-bayi itu terlalu sejuk dan suhu tidak stabil kerana bekalan elektrik terputus.
Beliau berkata tiada lagi cara untuk mensterilkan susu dan puting botol mereka mengikut standard yang diperlukan.
Akibatnya, ada yang menghidap gastrik, cirit-birit dan muntah-muntah, yang bermaksud risiko akut dehidrasi.
Topic Berkaitan
#bayi pramatang
#Hospital Al-Shifa
#Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan