[TERKINI] SARA RM100 untuk Warganegara 18 Tahun ke Atas: Tebus Guna MyKad – Baca Panduan Penuh Di Sini
DUNIA

Kekejaman Zionis: Kebuluran di Gaza, harga demi mempertahan tahan air - Penganalisis

Irfan Faruqi 22/07/2025 | 22:00 MYT
Penduduk Gaza bersesak untuk mendapatkan agihan makanan susulan sekatan bantuan kemanusiaan oleh Israel. - Gambar AP
KUALA LUMPUR: Kebuluran yang dipersenjatakan oleh rejim haram Israel ke atas Gaza ialah harga yang perlu dibayar oleh rakyat Palestin demi mempertahah tanah air sendiri.


Ringkasan AI
  • Israel menggunakan sekatan makanan dan minuman sebagai taktik untuk memaksa rakyat Palestin keluar dari Gaza, dengan tujuan menghapuskan wilayah itu dari peta Palestin.
  • Israel menetapkan jumlah kalori minimum untuk penduduk Gaza sebagai strategi tekanan berterusan, yang kini diperhebat dalam situasi genosid semasa.
  • Sejak Mac, hanya satu pertubuhan tajaan AS dibenarkan mengagihkan bantuan, menimbulkan kebimbangan terhadap ketelusan dan keberkesanan bantuan kepada rakyat Gaza.


Pensyarah Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Ts. Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata, Zionis sebenarnya mahu memaksa penduduk Gaza berpindah keluar dari wilayah terkepung itu seterusnya menghapuskan Gaza dari peta Palestin.

"Rejim Zionis sediakan kemudahan kepada sesiapa (rakyat Palestin) yang ingin berpindah ke negara lain. Orang Gaza tidak mahu keluar, sejak bermula Taufan al-Aqsa. Mereka tegas menolak berlakunya Nakbah kedua.

“Apabila orang Gaza tidak mahu keluar, rejim zionis buat keputusan untuk membunuh rakyat Palestin melalui sekatan makanan dan minuman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.


Kekejaman zionis: Kebuluran di Gaza, harga demi mempertahan tahan air - Penganalisis

Dalam temu bual sama, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir al-Nuri menjelaskan, taktik membiarkan penduduk Gaza kebuluran merupakan senjata yang telah digunakan Israel sejak tahun 2008.

“Israel mengira jumlah penduduk yang ada di Gaza dan mereka kira jumlah kalori yang sepatutnya di makan oleh setiap penduduk. Seterusnya, mereka menetapkan jumlah minimum yang makanan yang boleh diterima oleh penduduk Gaza.

“Tindakan sistematik ini telah berlangsung sejak sekian lama. Tetapi pada waktu genosid yang sedang berlaku ini, mereka tambah tekanan-tekanan untuk melemahkan semangat penduduk Gaza,” ujarnya.

Sejak Mac, rejim Zionis telah menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan termasuk makanan dan minuman ke wilayah terkepung Gaza.

Ketika ini, satu-satunya badan yang dibenarkan untuk mengagihkan makanan kepada penduduk Gaza ialah pertubuhan yang ditaja oleh Amerika Syarikat; Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF).

Namun media antarabangsa melaporkan kebimbangan mengenai kredibiliti pertubuhan terbabit untuk memastikan bantuan benar-benar sampai dan memberi manfaat kepada penerima susulan geran USD30 juta diluluskan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump kepada pertubuhan berkenaan.


Agenda AWANI: Gaza kebuluran






#Agenda Awani #Amerika Syarikat #bantuan kemanusiaan #Donald Trump #Gaza #Israel #Zionis #kebuluran #kelaparan