INTERNATIONAL

‘Kekuatan Amerika’ boleh ‘mendesak Rusia ke arah keamanan’ - Zelenskyy

Astro Awani 12/02/2025 | 23:30 MYT
Zelenskyy menyambut baik tindakan Putin untuk “segera” memulakan rundingan bagi menamatkan perang di Ukraine.
KIEV: PRESIDEN Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah memaklumkannya mengenai apa yang disampaikan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin kepada pemimpin AS itu.
“Kami percaya bahawa kekuatan Amerika bersama Ukraine dan semua rakan kongsi kami, sudah cukup untuk mendesak Rusia ke arah keamanan,” tulis Zelenskyy dalam satu hantaran di X.
Seperti yang telah dilaporkan, Trump menyatakan bahawa Putin telah bersetuju untuk “segera” memulakan rundingan bagi menamatkan perang di Ukraine.
"Saya mengadakan perbualan yang panjang dan terperinci dengan Presiden Trump. Saya menghargai minat yang mendalam terhadap peluang yang kita kongsi bersama dan bagaimana kita boleh mencapai keamanan sebenar bersama-sama," kata Zelenskyy lagi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Volodymyr Zelenskyy #konflik Rusia-Ukraine #Donald Trump #keamanan di Ukraine