Kelangsungan perniagaan pasca COVID-19, ini enam saranan

Astro Awani
Julai 13, 2020 00:00 MYT
Rantaian bekalan yang baik memerlukan gabungan stok tempatan dan pelbagai sumber. - Gambar hiasan
Pelaksanaan lockdown susulan COVID-19 dilihat memberi kesan langsung kepada perdagangan, sekali gus melumpuhkan persekitaran ekonomi di seluruh dunia.
World Economic Forum melaporkan, jumlah perdagangan pada suku tahun pertama menyusut kira-kira tiga peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
Lebih buruk lagi apabila jumlah perdagangan pada suku tahun kedua tahun ini diramalkan terus menyusut kepada 18.5 peratus. Ia adalah ekoran kekangan ke atas dagangan rentas dan fizikal.
Pun begitu, daripada pengalaman itu kerajaan dan pemain industri perlu belajar menangani krisis dan cabaran dengan segera untuk memacu kembali ekonomi dunia.
Berikut enam saranan World Economic Forum untuk merancakkan semula sektor ekonomi pasca COVID-19:
1. Keperluan yang sebenar
Rantaian bekalan yang baik memerlukan gabungan stok tempatan dan pelbagai sumber.
2. Subsisi dan dasar perindustrian
Penambahan peruntukan subsidi kerajaan tentunya membantu merangsangkan ekonomi dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Namun, intervensi ini perlu dirancang dengan baik bagi memastikan keberkesanan dan terus bersaing, selain mengelakkan pembaziran.
3. Melibatkan semua pihak
Melihat pada isu-isu perlindungan sosial dan cukai yang melibatkan pemegang taruh. Selain itu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan golongan tidak berkemampuan juga perlu diberi bantuan khas bagi membantu mereka mendapatkan faedah daripada pasaran global.
4. Mewujudkan gagasan ekonomi hijau
Memfokuskan kepada pembangunan mapan dan mengembangkan konsep ekonomi hijau.
5. Kesederhanaan
Penyediaan infrastruktur pendigitalan yang mudah dan diselarikan dengan pencarian yang tidak kompleks.
6. Regulasi perkhidmatan
Meningkatkan meningkatkan kadar kepercayaan masyarakat terhadap ekonomi berasaskan digital termasuk pengurusan data serta dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan pengguna.
#COVID-19 #dasar privasi #digital #ekonomi #ekonomi hijau #kekangan #kepercayaan masyarakat #kerajaan #pasca COVID-19 #pemain industri #pembaziran #pembukaan semula ekonomi #perdagangan #perlindungan pengguna #PKP #PKS #rentas #subsidi #World Economic Forum