BERLIN: Keluarga Pele sekali lagi menafikan spekulasi yang mengatakan ikon bola sepak Brazil yang sedang menjalani rawatan di hospital Sao Paulo itu berada dalam keadaan tenat, menurut Deutsche Presse-Agentur (dpa).
Akhbar Folha de Sao Paulo pada Sabtu melaporkan Pele, 82, telah dipindahkan ke wad paliatif di hospital tempatan ekoran rawatan kemoterapi tidak lagi berkesan.
Pele, pernah menjalani prosedur membuang tumor di usus besar pada tahun lepas, kini sedang menjalani rawatan susulan di klinik rawatan kanser dan menurut pihak hospital beliau menunjukkan tindak balas yang positif terhadap rawatan.
Dalam temu bual bersama TV Globo pada malam Ahad dua anak perempuan dan seorang cucu legenda bola sepak itu menyatakan Pele sedang menjalani rawatan pernafasan berkaitan jangkitan COVID-19.
"Beliau sakit, beliau sudah uzur. Tetapi sebaik sahaja sihat, beliau akan pulang ke rumah," kata anak perempuannya, Kely Nascimento.
Kakaknya, Flavia Nascimento pula berkata: "Bapa mereka berada di wad biasa dan adalah sangat tidak adil apabila orang mengatakan beliau berada di penghujung hayatnya dan dalam penjagaan paliatif. Ia tidak benar, kawan-kawan. Percayalah kami."
Cucu Pele, Arthur Arantes do Nascimento berkata: "Pele terharu dengan doa orang ramai ke atasnya".
Mengenai dakwaan beliau sedang tenat: "Itu akan terjadi satu hari tetapi tidak hari ini. Beliau akan melihat Brazil menjadi juara dunia buat kali keenam," kata cucunya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022

Keluarga Pele menafikan spekulasi yang mengatakan ikon bola sepak Brazil itu berada dalam keadaan tenat. - Reuters

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Lee Zii Jia perlukan jurulatih - Roslin Hashim
Penurunan prestasi menyaksikan Zii Jia turut berdepan penurunan ranking dunia dari tangga kedua ke tangga keempat.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007039/11199715291674957360883_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Wushu hanya sasar satu pingat emas di Sukan SEA Kemboja
Sasaran rendah ditetapkan kerana WFA memperkenalkan format baharu pertandingan yang lebih mencabar.

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Mangsa banjir Johor menurun kepada 2,511
Jumlah mangsa banjir berkenaan melibatkan 697 keluarga dari tujuh daerah iaitu di Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.

Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

'Ketibaan Ronaldo ke Al Nassr sama seperti Pele berhijrah ke Cosmos' - Garcia
Pemain kebangsaan Portugal itu masih belum membuat penampilan sulung kerana penggantungan domestik yang dilakukan sejak di United.

Pele disemadi di Santos
Pele akan dikebumikan di bandar tempatnya membesar dan mengembangkan karier bola sepaknya.

Buku takziah digital raja bola sepak Brazil Pele kini tersedia untuk rakyat Malaysia
Buku ucapan takziah digital kini disediakan untuk peminat bola sepak Malaysia memberikan penghormatan kepada mendiang legenda bola sepak Brazil Pele

Presiden FIFA saran setiap negara wujudkan stadium bersempena Pele
Brazil memasuki tempoh berkabung kebangsaan selepas kematian Pele.

Penghormatan terakhir Pele di Stadium Vila Belmiro
Jasad Pele atau nama sebenar Edson Arantes do Nascimento ditempatkan di stadium itu dua hari sebelum dikebumikan di Santos pada Rabu.

Santos tunda hajat bersarakan jersi nombor 10
Beberapa laporan di Brazil mengatakan anak perempuan Pele meminta ia dibersarakan, tetapi Santos enggan terburu-buru.

Ibu tidak tahu Pele sudah tiada
Difahamkan, ibu Pele kini terlantar sakit dan menghabiskan masanya di atas katil di kediamannya di Santos, Sao Paulo.

Pele dalam kenangan...
Di zaman kanak-kanak, Pele selesa bermain dengan berkaki ayam, stokin dan kain buruk yang digulung menjadi bola.

Pele inspirasi bagi jutaan manusia - Ronaldo
Ucapan selamat tinggal sahaja tidak mencukupi untuk menggambarkan kehilangan pemain terulung bola sepak dunia itu.

Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele
Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon.