DUNIA
Keluarga tahanan gesa mogok besar, desak Netanyahu capai persetujuan dengan Hamas
Asap tebal dari tayar terbakar memenuhi udara ketika penunjuk perasaan menyekat lebuh raya utama Israel antara Baitulmuqaddis dan Tel Aviv, mendesak pembebasan tahanan serta tamatkan perang di Gaza pada 17 Ogos. -Foto Reuters
TEL AVIV: Keluarga tahanan di Israel menggesa orang ramai menyertai mereka dalam mogok seluruh negara bagi menekan kerajaan supaya membawa pulang ahli keluarga yang masih ditahan di Gaza, lapor Reuters.
Ringkasan AI
Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahanan, Tel Aviv pada Sabtu menuntut pembebasan segera semua tahanan.
Keluarga tahanan turut menyeru orang ramai menyertai mogok seluruh negara pada Ahad sebagai usaha mendesak Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mencapai persetujuan dengan Hamas.
Mogok umum bermula pagi Ahad, dianjurkan oleh Majlis Oktober bersama Forum Keluarga Tahanan dan Hilang yang mewakili keluarga tahanan serta waris mangsa serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.
Forum itu menjangkakan hampir sejuta orang akan melalui Dataran Tahanan di Tel Aviv sepanjang hari manakala puluhan ribu lagi menyertai aktiviti di ratusan lokasi lain di seluruh wilayah yang diduduki Israel.
Ketika ini, 50 tahanan masih ditahan di Gaza dengan pihak berkuasa Israel percaya hanya 20 daripadanya masih hidup.
Kebanyakan tahanan yang dibebaskan sebelum ini hasil rundingan diplomatik.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Keluarga tahanan di Israel menyeru mogok seluruh negara pada 18 Ogos 2025 untuk mendesak pembebasan tahanan dari Gaza.
- Seruan ini dianjurkan oleh Majlis Oktober dan Forum Keluarga Tahanan, dijangka disertai hampir sejuta orang di Tel Aviv dan lokasi lain.
- Ketika ini, 50 tahanan masih ditahan di Gaza, dengan hanya 20 dipercayai masih hidup menurut pihak berkuasa Israel.