Keluarga tolak pembedahan caesarean, wanita hamil di China bunuh diri

Kohilah Sekaran
September 9, 2017 07:01 MYT
Seorang wanita hamil di China bertindak membunuh diri apabila rayuan untuk menjalani pembedahan caesarean ditolak oleh keluarganya. -Media sosial
SEORANG wanita hamil di China bertindak membunuh diri apabila rayuannya untuk menjalani pembedahan caesarean ditolak oleh keluarga.
Ma Rongrong, 26 tahun, terjun dari tingkat lima sebuah hospital di utara China selepas tidak dapat lagi menahan kesakitan yang dialaminya selama berjam-jam.
Isu ini mendapat perhatian umum selepas sebuah rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Ma sedang melutut di hadapan keluarganya di koridor hospital tular di media sosial.
Difahamkan, keluarga Ma dan pihak hospital kini saling menunding jari.
Pihak hospital mendakwa Ma dan suaminya Yan Zhuangzhuang memilih untuk bersalin secara normal berdasarkan kepercayaan mereka walaupun pihaknya mencadangkan Ma menjalani pembedahan.
Pihak hospital turut menunjukkan log pembedahan Ma yang menunjukkan keluarganya menolak permohonan pembedahan mangsa.
Sebaliknya, Zhuangzhuang memberitahu kepada media bahawa dia sudah bersetuju dengan pembedahan isterinya, tetapi doktor yang mengatakan ia tidak perlu.
#bunuh #bunuh diri #China #hamil #mangsa #Media #media sosial