[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
INTERNATIONAL

Kem pelarian Jabalia musnah sepenuhnya

Astro Awani 22/11/2023 | 00:15 MYT
Rakyat Palestin memeriksa bangunan yang musnah akibat serangan tentera rejim Zionis Israel di kem pelarian Jabalia. - Foto REUTERS
JABALIA : Kem pelarian Jabalia di utara wilayah Gaza musnah sepenuhnya ekoran serangan kejam zionis dari udara dan darat.

Penduduk Palestin berkata, rumah bukan satu-satunya sasaran serangan, tetapi kezaliman Zionis ialah cuba membunuh kesemua rakyat Palestin.

Kejadian tragis juga berlaku apabila orang dewasa dan juga kanak-kanak yang cedera parah dalam pengeboman turut dikejarkan ke Hospital Kamal Edwan di utara Gaza yang sangat sesak.

Berdasarkan laporan, sekurang-kurangnya 13,300 rakyat Palestin disahkan terbunuh, termasuk 5,600 daripadanya adalah kanak-kanak.

Zionis juga telah menjadikan sebahagian besar Gaza, terutama bahagian utaranya, menjadi padang jarak, padang tekukur.

Kini kira-kira dua pertiga daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal.

Beribu-ribu penduduk masih berusaha menuju ke selatan, iaitu Rafah dengan berjalan kaki dan menggendong anak mereka di dalam pelukan, untuk melarikan diri daripada serangan Israel.




#kem pelarian #Palestin #Gaza #Israel