Kem penempatan tentera AS di Iraq diserang dua roket

Astro Awani
Januari 14, 2020 20:30 MYT
Dua roket Katyusha dilapor dilancar dan mengenai kem tentera Taji yang terletak di utara Baghdad. -Wikipiedia
Dua roket Katyusha dilapor dilancar dan mengenai kem tentera Taji yang terletak di utara Baghdad, pada Selasa.
Tiada korban dilaporkan dalam insiden itu dan setakat ini tiada kumpulan mengaku tanggungjawab, lapor portal Al-Jazeera yang memetik kenyataan sumber.
Pangkalan tentera Iraq itu yang terletak 85km di utara Baghdad menempatkan sejumlah besar tentera Amerika Syarikat dan pasukan asing lain.
Ia dipercayai menjadikan sasaran kumpulan bersenjata Iran ekoran pembunuhan komander tertinggi Iran, Qassem Soleimani oleh tentera AS.
Terdahulu, empat cedera anggota tentera Iraq apabila lapan roket Katyusha disasar ke pangkalan udara Al Balad Pada Ahad.
#kem tentera Taji #komander tertinggi Iran #kumpulan bersenjata Iran #Pangkalan tentera Iraq #pangkalan udara Al Balad #Qassem Soleimani #roket Katyusha #tentera AS