DUNIA
Kemalangan kenderaan dengan beruang catat rekod tertinggi di Wilayah Akita, Jepun
Daripada 118 insiden yang direkodkan tahun ini, kira-kira 80 peratus berlaku di jalan biasa seperti lebuh raya nasional dan wilayah, manakala selebihnya berlaku di lebuh raya bertol. - Foto Agensi/BERNAMA
TOKYO: Insiden kemalangan membabitkan kenderaan dan beruang di Wilayah Akita, timur laut Jepun, meningkat kepada rekod tertinggi 118 kes setakat Oktober tahun ini - lebih lima kali ganda berbanding keseluruhan tahun lalu, menurut polis wilayah pada Selasa.
Angka itu merupakan jumlah tahunan tertinggi sejak data perbandingan mula direkodkan pada 2020, dengan 66 kes dilaporkan pada Oktober sahaja, ketika beruang sering dilihat berkeliaran di kawasan perumahan, menurut polis kepada Kyodo News.
Menurut polis, walaupun haiwan itu melarikan diri dari lokasi kejadian dalam kebanyakan kes, insiden tersebut tetap direkodkan sebagai kemalangan berkaitan beruang berdasarkan temu bual dengan pemandu dan bukti lain. Tiada kecederaan manusia disahkan setakat tahun ini.
Daripada 118 insiden yang direkodkan tahun ini, kira-kira 80 peratus berlaku di jalan biasa seperti lebuh raya nasional dan wilayah, manakala selebihnya berlaku di lebuh raya bertol.
Peningkatan mendadak dalam kemalangan jalan raya melibatkan beruang itu mencerminkan peningkatan lebih meluas dalam jumlah penampakan dan pertemuan dengan haiwan berkenaan di seluruh Jepun.
Data awal kerajaan menunjukkan penampakan beruang melebihi 20,000 antara April hingga September, tertinggi bagi tempoh yang sama dalam tempoh lima tahun lepas.
Sejak April, 13 orang dilaporkan maut akibat diserang beruang, jumlah tertinggi pernah direkodkan - manakala kerajaan mengesahkan lebih 100 serangan terhadap manusia setakat September.
-- BERNAMA