DUNIA
Kematian Charlie Kirk satu tragedi buat Amerika – Bekas penasihat kempen Trump
Seorang anggota keselamatan memasang pita keselamatan di kawasan kampus Utah Valley University, pada Rabu, di Orem, Utah - lokasi di mana Charlie Kirk (gambar kecil) ditembak. - Gambar AP
WASHINGTON: Kematian aktivis politik konservatif, Charlie Kirk, disifatkan sebagai satu tragedi besar buat Amerika Syarikat, kata bekas penasihat kempen Donald Trump, David Urban.
“Ia satu tragedi untuk Amerika, bukan hanya untuk Republikan atau MAGA,” katanya kepada CNN.
Urban yang mengenali Kirk sejak kempen Trump pada 2016 menggambarkan beliau sebagai pemimpin muda berjiwa patriotik dan anak muda Amerika tulen.”
“Charlie berusaha mengubah hati dan minda orang ramai. Beliau seorang yang berpengaruh. Melihat kehidupannya yang masih muda diragut begitu sahaja amat memilukan,” ujarnya.
Menurut Urban, pemergian Kirk amat dirasai keluarganya.
“Anak-anaknya kini kehilangan seorang bapa, manakala isterinya menjadi balu. Ia sungguh menyayat hati.”
Beliau turut menegaskan, insiden ini seharusnya membuka mata seluruh rakyat Amerika tanpa mengira fahaman politik.
“Sama ada anda suka atau tidak dengan Charlie Kirk, atau suka atau tidak dengan Presiden, semua orang harus mengakui perkara ini mesti dihentikan,” tegasnya.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump turut mengumumkan kematian Kirk dalam hantaran di platform Truth Social.
“Seorang tokoh hebat, malah legenda, Charlie Kirk, telah tiada. Tiada siapa yang lebih memahami dan dekat dengan hati generasi muda di Amerika Syarikat selain Charlie.
"Beliau disayangi dan dikagumi semua orang, termasuk saya. Kini, beliau tidak lagi bersama kita. Saya dan Melania merakamkan ucapan takziah kepada isterinya, Erika, serta seluruh keluarga. Charlie, kami menyayangimu,” tulis Trump.
Kirk, 30-an, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama organisasi belia konservatif Turning Point USA.
Beliau meninggal dunia selepas ditembak ketika berucap pada sebuah acara debat di Utah Valley University.
Rakaman video yang tular menunjukkan beliau rebah selepas ditembak di bahagian leher, sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan penonton.
Pihak berkuasa mengesahkan seorang suspek telah ditahan.
Turning Point USA yang ditubuhkan Kirk pada 2012 menjadi antara organisasi konservatif paling berpengaruh di Amerika Syarikat, terutamanya di kampus universiti.
Beliau dikenali dengan retorik lantang, kerap muncul di televisyen, dan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Trump.
Kematian Kirk berlaku ketika Amerika Syarikat berdepan peningkatan kes keganasan politik dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk insiden tembakan terhadap Trump ketika berkempen tahun lalu. - Agensi

#Charlie Kirk
#Charlie Kirk maut ditembak
#sekutu Donald Trump
#aktivis politik ditembak
#Utah University