Kematian George Floyd: White House dikawal ketat, Atlanta isytihar darurat

Agensi
Mei 30, 2020 10:53 MYT
Para penunjuk perasaan berkumpul di Lafayette Park yang dikawal ketat pasukan pengawal keselamatan. - Gambar REUTERS
White House diletakkan di bawah sekatan pergerakan apabila kumpulan penunjuk perasaan mula tiba di ibu kota Amerika Syarikat pada Jumaat, hari keempat protes susulan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd.
Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Lafayette Park di luar White House, sambil melaungkan slogan menyatakan ketidakpuasan hati mereka.
Selain Washington DC, tunjuk perasaan turut berlaku di Minnesota, Atlanta, New York dan California.
Floyd, 46, meninggal dunia pada petang Isnin, sejurus selepas Derek Chauvin, seorang pegawai polis kulit putih, menahannya dan menekan lututnya di leher mangsa.
Chauvin kemudian ditahan pada awal Jumaat dan didakwa atas kesalahan membunuh.
Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey pada Jumaat turut mengisytiharkan perintah berkurung bermula 8 malam hingga 6 pagi waktu tempatan, berkuat kuasa Jumaat sehingga 8 malam Sabtu.
Insiden itu menyebabkan rusuhan tercetus di Minneapolis, iaitu bandar raya terbesar di negeri Minnesota, menyaksikan banyak kerosakan berlaku.
Sementara itu, Gabenor Georgia Brian P. Kemp turut mengisytiharkan darurat dikuatkuasakan di Fulton County, Atlanta.
"Atas permintaan Datuk Bandar @KeishaBottoms dan selepas berunding dengan pegawai keselamatan awam dan kesiapsiagaan kecemasan, saya mengeluarkan perintah darurat di Fulton County," katanya di laman Twitter.
Beliau berkata 500 anggota pengawal negara segera dikerahkan untuk membantu agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan mengembalikan ketenteraman.

At the request of Mayor @KeishaBottoms & in consultation with public safety & emergency preparedness officials, I have issued a State of Emergency for Fulton County to activate as many as 500 @GeorgiaGuard troops to protect people & property in Atlanta. (1/2)

— Governor Brian P. Kemp (@GovKemp) May 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Atlanta #Derek Chauvin #George Flyod #Jacob Frey #rusuhan #White House