Skip to main content

Dunia

Kematian penyokong utama pembunuhan rakyat Palestin, Lindsey Graham, akibat aorta pecah

FILE PHOTO: U.S. Senator Lindsey Graham (R-SC) attends the Senate Judiciary Committee hearing on online child sexual exploitation at the U.S. Capitol in Washington, U.S., January 31, 2024. REUTERS/Nathan Howard/File Photo
Graham merupakan tokoh paling berpengaruh dalam Kongres AS, khususnya dalam isu dasar luar dan pertahanan. - Gambar fail/REUTERS
Advertisement

WASHINGTON: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga penyokong tegar Israel dan penghapusan rakyat Palestin, Lindsey Graham, mati akibat saluran darah utama ke jantung pecah.

Menurut laporan awal bedah siasat, keadaan itu disebabkan penyakit kardiovaskular arteriosklerotik yang dialaminya, iaitu keadaan yang menyebabkan saluran arteri menjadi keras dan akhirnya membawa kepada pecahnya aorta.

Sejurus selepas kematian beliau, Presiden Donald Trump mengarahkan bendera negara itu dikibar separuh tiang sebagai tanda penghormatan.

Graham merupakan tokoh paling berpengaruh dalam Kongres AS, khususnya dalam isu dasar luar dan pertahanan.

Beliau juga dikenali sebagai penyokong tegar pendekatan luar yang lebih agresif serta sering menjadi penasihat Trump dalam isu melibatkan Rusia, Iran dan keselamatan global.

Berikut beberapa petikan kenyataan kontroversi beliau:

Ketika ditemu bual dalam program On The Record pada 20 Feb 2026:

So this is a war — not October 7th to World War Two. Yes, I am [with Israel]. If you don’t understand this is a threat to Israel… and then they flattened Gaza. Just flatten it. We flattened Berlin. We flattened Tokyo. Were we wrong to drop an atomic bomb to end the Japanese reign of terror? … We flattened Germany. We flattened Japan.

(Ini adalah peperangan. Bukan lagi soal apa yang berlaku pada 7 Oktober, tetapi soal kelangsungan hidup Israel, sama seperti dalam Perang Dunia Kedua. Ya, saya menyokong Israel. Jika anda tidak memahami bahawa ini merupakan ancaman terhadap kewujudan Israel, maka anda tidak melihat gambaran sebenar. Mereka meratakan Gaza. Ratakannya sahaja. Kami meratakan Berlin. Kami meratakan Tokyo. Adakah Amerika Syarikat melakukan kesalahan apabila menggugurkan bom atom untuk menamatkan pemerintahan Jepun ketika perang? Kami meratakan Jerman. Kami meratakan Jepun.)

Petikan daripada akaun X beliau:

 

 

 

 

 

 

 

Topic Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement