DUNIA

Kemboja banteras pusat penipuan dalam talian, lebih 2,000 ditahan

Bernama 19/07/2025 | 08:20 MYT
Pihak berkuasa telah menyerbu 45 lokasi di 12 bandar dan wilayah daripada 25 bandar dan wilayah di negara itu. - Gambar fail/ Reuters
PHNOM PENH: Pihak berkuasa Kemboja telah menahan 2,270 suspek, termasuk 424 wanita, dalam operasi terbaharu membanteras pusat penipuan dalam talian di seluruh negara itu, lapor Xinhua.

Menteri Penerangan Neth Pheaktra berkata pada Jumaat bahawa pihak berkuasa telah menyerbu 45 lokasi di 12 bandar dan wilayah daripada 25 bandar dan wilayah di negara itu.

Beberapa ketua sindiket telah didakwa di mahkamah, manakala yang lain akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Operasi banteras jenayah siber di seluruh negara itu telah dilancarkan pada Isnin.

-- BERNAMA



#Kemboja #pusat penipuan dalam talian #operasi polis #sindiket