DUNIA

Kemboja ikrar ‘lawan habis-habisan’, konflik sempadan dengan Thailand memuncak

Astro Awani 09/12/2025 | 06:48 MYT
HUN SEN: Kemboja telah menahan diri daripada membalas pada Isnin, tetapi kami tidak akan berdiam diri lagi. Kami telah mula bertindak balas terhadap serangan Thailand. -Foto Facebook
PHNOM PENH: Kemboja berikrar melancarkan perang habis-habisan terhadap Thailand susulan pertempuran sempadan yang semakin memuncak, menyebabkan puluhan ribu penduduk melarikan diri dari kawasan konflik.


Ringkasan AI
  • Kemboja bersumpah untuk melancarkan tindakan tegas terhadap Thailand selepas pertempuran sempadan yang memuncak, menyebabkan puluhan ribu penduduk melarikan diri.
  • Pertempuran terbaharu berlaku di beberapa lokasi sepanjang sempadan yang dipertikaikan, termasuk Banteay Meanchey dan Oddar Meanchey, dengan kedua negara saling menuduh melanggar gencatan senjata.
  • Kedua-dua negara belum mencapai persetujuan damai baru, tetapi masyarakat antarabangsa menyeru agar mereka kembali ke rundingan demi kestabilan Asia Tenggara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Presiden Senat Kemboja, Hun Sen, yang juga bekas Perdana Menteri sehingga 2023, dalam kenyataan di Facebook dan Telegram menegaskan bahawa negaranya tidak akan lagi berdiam diri.



Hun Sen berkata Kemboja telah menahan diri daripada membalas pada Isnin, namun mula melepaskan tembakan balas terhadap pasukan Thailand pada malam berikutnya.

“Kemboja telah menahan diri daripada membalas pada Isnin, tetapi kami tidak akan berdiam diri lagi.

"Kami telah mula bertindak balas terhadap serangan Thailand,” katanya sambil menyifatkan strategi Thailand sebagai provokatif dan melampaui batas.

Beliau menjelaskan strategi menumpukan serangan di kawasan kemaraan Thailand akan membolehkan Kemboja melemahkan dan memusnahkan pasukan musuh melalui serangan balas.

“Kemboja mahukan keamanan, tetapi Kemboja terpaksa bertindak balas untuk mempertahankan wilayahnya,” katanya yang masih dilihat sebagai pemimpin de facto negara itu walaupun jawatan Perdana Menteri kini disandang oleh Hun Manet.

Pertempuran terbaharu tercetus di beberapa lokasi sepanjang sempadan yang dipertikaikan, termasuk di wilayah Banteay Meanchey dan Oddar Meanchey.

Menurut Kementerian Pertahanan Kemboja, dua orang awam terbunuh apabila peluru berpandu Thailand mengenai Jalan Nasional 56 di Kemboja pada Isnin malam.

Thailand pula mendakwa serangan udara yang dilancarkan pada Isnin adalah tindak balas terhadap pergerakan ketenteraan Kemboja yang didakwa mengancam keselamatan wilayahnya.

Jurucakap tentera Thailand, Mejar Jeneral Winthai Suvaree, mengesahkan sekurang-kurangnya dua anggota tentera Thailand terbunuh dan lapan lagi cedera dalam pertempuran itu.

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, dalam kenyataan media menegaskan bahawa negaranya tidak menginginkan keganasan tetapi akan mempertahankan kedaulatan wilayah jika dicabar.

Konflik ini mencabar semula gencatan senjata yang dimeterai Julai lalu dengan pengantaraan Malaysia dan Amerika Syarikat, selepas lima hari pertempuran yang mengorbankan puluhan nyawa dan memaksa lebih 100,000 orang berpindah.

Pemerhati serantau menyuarakan kebimbangan bahawa ketegangan ini boleh menjejaskan kestabilan Asia Tenggara, terutama menjelang Sidang Kemuncak ASEAN awal tahun depan.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi mengenai rundingan damai baharu, namun komuniti antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru agar kedua-dua pihak menahan diri dan kembali ke meja rundingan.





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Kemboja susulan pertempuran sempadan dengan Thailand?
    A: Kemboja berikrar melancarkan "lawan habis-habisan" terhadap Thailand setelah seorang anggota tentera Thailand terbunuh dalam pertempuran, walaupun gencatan senjata sebelum ini.
  • Q: Bagaimanakah Thailand merespon konflik terbaru dengan Kemboja?
    A: Thailand mendakwa serangan udara yang dilancarkan adalah tindak balas terhadap pergerakan ketenteraan Kemboja yang didakwa mengancam keselamatan wilayahnya.
  • Q: Apa kesan pertempuran sempadan antara Kemboja dan Thailand terhadap penduduk tempatan?
    A: Pertempuran menyebabkan puluhan ribu penduduk melarikan diri dari kawasan konflik, dengan dua orang awam dilaporkan terbunuh dan lapan cedera.
  • Q: Adakah terdapat usaha rundingan damai di antara Kemboja dan Thailand selepas konflik terbaru ini?
    A: Sehingga kini, tiada pengesahan rasmi mengenai rundingan damai baharu, namun komuniti antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru agar kedua-dua pihak menahan diri dan kembali ke meja rundingan.
  • Q: Apa yang dipersoalkan oleh Pemerhati serantau mengenai konflik antara Kemboja dan Thailand?
    A: Pemerhati serantau menyuarakan kebimbangan bahawa ketegangan ini boleh menjejaskan kestabilan Asia Tenggara, terutama menjelang Sidang Kemuncak ASEAN awal tahun depan.



#konflik Thailand-Kemboja #Hun Sen #konflik sempadan #Anutin Charnvirakul