awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja, Laos setuju laksana empat strategi tingkat kerjasama dua hala

Agensi
Agensi
30/01/2025
04:51 MYT
Kemboja, Laos setuju laksana empat strategi tingkat kerjasama dua hala
Kerajaan Kemboja dan Laos telah bersetuju dengan empat perkara utama yang dijangka dapat meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelancongan dua hala antara dua negara itu. - Reuters
VIENTIANE: Kerajaan Kemboja dan Laos telah bersetuju dengan empat perkara utama yang dijangka dapat meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelancongan dua hala antara dua negara itu.
Dalam mesyuarat berlangsung di Vientiane, Laos pada Selasa, Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Kemboja, Cham Nimul.
Nimul turut mengumumkan pihaknya menjangkakan hubungan diplomatik dan perdagangan akan bertambah baik, dengan kedua-dua pihak komited untuk memperluaskan perdagangan dua hala dengan lebih berkesan.
Pertama, kajian akan dijalankan mengenai kawasan berpotensi untuk memperluaskan perdagangan dua hala, sementara mekanisme yang akan menyokong pertumbuhan ini akan diterokai.
Manakala, mesyuarat tahunan di peringkat wilayah untuk meningkatkan pembangunan perdagangan dan infrastruktur juga akan dipertimbangkan dan rancangan mengadakan pameran dan forum pelaburan serta pelancongan.
Sementara itu, pemimpin Laos menyatakan sokongan beliau terhadap hasil mesyuarat tersebut.
Sementara itu, Kementerian Pelancongan melaporkan dalam 11 bulan pertama tahun 2024, Kemboja menerima 306,948 tetamu dari Laos sekali gus mencatatkan penurunan sebanyak 7.2% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023.
Topic Berkaitan
#pelancongan
#pelaburan
#Sonexay Siphandone
#Cham Nimul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan