PHNOM PENH: Kemboja, Laos dan Vietnam (CLV) pada Ahad menandatangani kenyataan bersama mengenai penubuhan sidang kemuncak parlimen CLV, menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Perhimpunan Kebangsaan Kemboja.
Kenyataan bersama itu ditandatangani di sini di Phnom Penh oleh Presiden Perhimpunan Kebangsaan Kemboja Samdech Heng Samrin, Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan Vietnam Vuong Dinh Hue dan Presiden Perhimpunan Kebangsaan Laos Saysomphone Phomvihane, lapor Xinhua
"Sidang kemuncak itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan persahabatan, perpaduan dan kerjasama menyeluruh dalam kalangan negara-negara CLV," menurut kenyataan akhbar itu.
Selain itu, sidang berkenaan bertujuan menggalakkan pertukaran maklumat, pengalaman dan amalan baik mengenai fungsi serta tugas perhimpunan kebangsaan CLV dan menggembleng sumber kewangan untuk melaksanakan program dan projek di bawah rangka kerja Kawasan Segi Tiga Pembangunan CLV.
Sidang kemuncak pertama akan dihoskan Perhimpunan Kebangsaan Laos pada 2023.
Pemimpin parlimen Laos dan Vietnam berada di Kemboja untuk Perhimpunan Agung Ke-43 Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA ke-43) yang diadakan pada Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 21 2022

Kenyataan bersama itu ditandatangani di Phnom Penh. - Foto Facebook

Gempa bumi: Asrama runtuh, pelajar Malaysia di Turkiye selamat
MASAT mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Gempa bumi Turkiye: Malaysia rakam ucapan takziah, simpati kepada Turkiye - Zambry
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka serta kerajaan dan rakyat Turkiye susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Isnin.

Agenda AWANI: Kabinet Bayangan
Penubuhan ‘Kabinet Bayangan’ oleh Perikatan Nasional, apa lagi boleh pastikan suara pembangkang bukan sekadar semak dan imbang tetapi lebih bersifat suara ‘Kerajaan Alternatif’?

AWANI Ringkas: Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gempa bumi: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada Turkiye, Syria
Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam musibah itu sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

PH belum buat keputusan terima bekas ahli UMNO yang dipecat
Pakatan Harapan belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk menerima beberapa bekas Ahli UMNO yang telah menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu.

Andaian PH tidak dapat dukungan pengundi Melayu tidak benar - Anwar
Andaian kononnya Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat dukungan pengundi Melayu iaitu hanya menerima 19 peratus undian kaum itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 November lepas adalah tidak benar.
![AWANI 7:45 [06/02/2023] - Bincang sebelum keputusan | Tiada wakil Melayu | Kemungkinan banjir | Mangsa gempa bumi meningkat AWANI 7:45 [06/02/2023] - Bincang sebelum keputusan | Tiada wakil Melayu | Kemungkinan banjir | Mangsa gempa bumi meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008269/17543201601675689452319_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [06/02/2023] - Bincang sebelum keputusan | Tiada wakil Melayu | Kemungkinan banjir | Mangsa gempa bumi meningkat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz; 1. PKR rujuk pemimpin UMNO, bekas ahli UMNO masuk PKR 2. Kabinet bayangan PN, dianggap tidak cukup sifat 3. Lagi amaran hujan berterusan.... hujan sampai esok 4. Lebih seribu mangsa gempa bumi Turki dan Syria, Malaysia hantar bantuan #AWANInews

Gempa kedua gegar Turkiye, mangsa maut kini lebih 1,500
Kejadian itu berlaku hanya beberapa jam selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda Turkiye dan Syria pada Isnin.

Kemboja, Laos, Vietnam sepakat tubuhkan Sidang Kemuncak Parlimen
Kemboja, Laos dan Vietnam menandatangani kenyataan bersama mengenai penubuhan sidang kemuncak parlimen CLV.