DUNIA

Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand

Astro Awani 05/02/2026 | 09:35 MYT
Hun Manet dalam surat rasmi kepada Presiden Emmanuel Macron memohon akses kepada dokumen sejarah dan teknikal yang disimpan Perancis sejak era penjajahan, termasuk peta asal sempadan tahun 1907. -Gambar fail/Facebook
PHNOM PENH: Kerajaan Kemboja meminta Perancis menyerahkan dokumen sejarah berkaitan pemetaan sempadan bagi membantu menyelesaikan pertikaian berlarutan dengan Thailand, menurut kenyataan Kementerian Luar negara itu.


Ringkasan AI
  • Kerajaan Kemboja meminta Perancis serahkan dokumen sejarah pembahagian sempadan bagi selesaikan pertikaian dengan Thailand.
  • Pemetaan sempadan dilakukan semasa Kemboja di bawah perlindungan Perancis, melibatkan kawasan tapak sejarah utama termasuk Kuil Preah Vihear.
  • Pertikaian sempadan Kemboja-Thailand menyebabkan kesan keselamatan dan khuatirkan stabiliti di rantau Indochina, dengan Perancis dilihat berpotensi membantu selesaikan isu ini.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Perdana Menteri Hun Manet dalam surat rasmi kepada Presiden Emmanuel Macron memohon akses kepada dokumen sejarah dan teknikal yang disimpan Perancis sejak era penjajahan, termasuk peta asal sempadan tahun 1907.

Pemetaan sempadan sepanjang 817 kilometer itu dilakukan ketika Kemboja berada di bawah perlindungan Perancis, menggunakan garis puncak bukit sebagai asas pembahagian wilayah.

Kawasan pertikaian kini merangkumi beberapa tapak sejarah utama, termasuk Kuil Hindu abad ke‑11 Preah Vihear — dikenali di Thailand sebagai Khao Phra Viharn — yang pernah mencetuskan ketegangan diplomatik dan ketenteraan di antara kedua‑dua negara.

Dalam kenyataan itu, Kemboja memaklumkan Hun Manet mengalu‑alukan kepakaran dan sokongan teknikal Perancis, sambil menegaskan Macron sebelum ini menyatakan kesediaan membantu proses damai.

Penglibatan Perancis dianggap penting memandangkan negara itu memiliki rekod kolonial yang menjadi asas tuntutan kedua‑dua pihak.

Pertikaian sempadan Kemboja–Thailand kembali memuncak tahun lalu selepas satu insiden tembakan pada akhir Mei mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja, sebelum pertempuran pada Julai mengakibatkan 43 lagi maut.

Gencatan senjata yang dicapai di Malaysia kemudiannya terlerai pada Disember, menyaksikan konflik berlanjutan lebih tiga minggu dengan jumlah korban meningkat kepada 101 orang dan lebih 500,000 penduduk dipindahkan sebelum satu perjanjian damai baharu diumumkan pada 27 Disember.

Penganalisis keselamatan serantau menjangkakan usaha Kemboja mendapatkan dokumen Perancis bertujuan mengukuhkan kedudukan negara itu sekiranya isu tersebut dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), seperti yang pernah dicadangkan dalam rundingan terdahulu.

Selain implikasi keselamatan, kedua‑dua negara turut bimbang terhadap kesan konflik berpanjangan terhadap penduduk di kawasan sempadan serta potensi ketidakstabilan di rantau Indochina.

Setakat ini, Perancis belum memberikan maklum balas rasmi kepada media. Namun kenyataan diplomatik sebelum ini menunjukkan Paris bersedia menawarkan kerjasama termasuk penyediaan dokumen sejarah dan nasihat teknikal bagi menyokong penyelesaian secara aman.




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah permintaan terkini Kerajaan Kemboja kepada Perancis berkenaan?
    A: Kerajaan Kemboja meminta Perancis menyerahkan dokumen sejarah berkaitan pemetaan sempadan bagi menyelesaikan pertikaian dengan Thailand.
  • Q: Mengapakah Perdana Menteri Hun Manet memohon akses kepada dokumen sejarah Perancis?
    A: Hun Manet meminta akses kepada dokumen sejarah dan teknikal Perancis, termasuk peta asal sempadan tahun 1907, untuk menyelesaikan pertikaian sempadan dengan Thailand.
  • Q: Apakah tapak sejarah utama yang menjadi kawasan pertikaian di antara Kemboja dan Thailand?
    A: Kawasan pertikaian merangkumi tapak sejarah utama termasuk Kuil Hindu abad ke-11 Preah Vihear, yang dikenali sebagai Khao Phra Viharn di Thailand.
  • Q: Berapakah panjang pemetaan sempadan yang dilakukan semasa Kemboja berada di bawah perlindungan Perancis?
    A: Pemetaan sempadan sepanjang 817 kilometer dilakukan semasa Kemboja berada di bawah perlindungan Perancis menggunakan garis puncak bukit sebagai asas pembahagian wilayah.
  • Q: Apakah kesan konflik sempadan Kemboja-Thailand yang berlaku pada tahun lalu?
    A: Konflik sempadan berlaku pada tahun lalu menyebabkan 101 orang terkorban dan lebih 500,000 penduduk dipindahkan sebelum satu perjanjian damai baharu diumumkan pada 27 Disember.



#konflik Thailand-Kemboja #dokumen sejarah #pembahagian sempadan #Kuil Preah Vihear