DUNIA
Kemboja mohon bantuan Malaysia bebaskan 18 anggota tenteranya ditahan Thailand
Kemboja juga mencadangkan kepada Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN, supaya campur tangan dan menggesa Thailand agar segera memulangkan 18 anggota kami, kata Maly (gambar) menerusi laman Facebook rasmi Kementerian Penerangan Kemboja.
PHNOM PENH: Kemboja meminta Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk membantu mendapatkan pembebasan 18 anggota tenteranya yang kini ditahan oleh Thailand.
Ringkasan AI
Jurucakap Kementerian Pertahanan Leftenan Jeneral Maly Socheata berkata pihak tentera Thailand telah mengesahkan bahawa kesemua anggota berkenaan berada dalam keadaan selamat dan Kerajaan Kemboja sedang berunding untuk memastikan pembebasan mereka.
"Kerajaan Kemboja terus berusaha mendesak Thailand memulangkan anggota tentera kami secepat mungkin dan dalam keadaan selamat," katanya.
"Kemboja juga telah mencadangkan kepada Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN, supaya campur tangan dan menggesa Thailand agar segera memulangkan 18 anggota kami.
"Kementerian Pertahanan dan angkatan tentera Kemboja tidak akan sesekali meninggalkan mana-mana anggotanya dalam apa jua keadaan," kata Maly menerusi laman Facebook rasmi Kementerian Penerangan.
Permintaan kementerian itu dikemukakan beberapa hari menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur minggu depan.
Kedua-dua negara berjiran itu masih berselisih mengenai kedaulatan beberapa kawasan di sepanjang sempadan bersama sejauh 817 kilometer di utara Kemboja.
Konflik di sempadan Thailand-Kemboja bermula dengan pertempuran singkat pada 28 Mei sebelum memuncak kepada pertempuran bersenjata pada 24 Julai.
Seramai 20 anggota tentera Kemboja ditahan oleh pihak tentera Thailand susulan pertempuran di sempadan dalam konflik selama lima hari yang berakhir pada 28 Julai.
Thailand telah membebaskan dua anggota tentera Kemboja yang cedera pada Jumaat.
Pertikaian bersenjata itu dihentikan sementara pada Isnin, 28 Julai, selepas Thailand dan Kemboja mencapai persetujuan melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat dalam satu mesyuarat khas di Putrajaya yang dihoskan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kemboja Minta Bantuan Malaysia - Kemboja merayu Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN, untuk campur tangan dalam usaha membebaskan 18 anggota tenteranya yang ditahan oleh Thailand.
- Konflik Sempadan Thailand-Kemboja - Pertempuran berlaku di sempadan utara Kemboja antara 28 Mei hingga 28 Julai, menyebabkan 20 anggota tentera Kemboja ditahan; dua daripadanya telah dibebaskan.
- Gencatan Senjata & Rundingan - Gencatan senjata tanpa syarat telah dipersetujui pada 28 Julai dalam mesyuarat khas di Putrajaya yang dihoskan oleh Perdana Menteri Malaysia.